Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Jalin Kolaborasi Kreatif Dan Strategik Bersama Petronas

Published: 01 Apr 2022 8.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 1 April 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memeterai kerjasama dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam kolaborasi kreatif dan strategik mencakupi aspek latihan, perkongsian maklumat, bantuan keselamatan serta pengoperasian Pasukan khususnya di kawasan aset PETRONAS.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-jalin-kolaborasi-kreatif-dan-strategik-bersama-petronas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:51 MYT
Kuala Lumpur, 1 April 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memeterai kerjasama dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam kolaborasi kreatif dan strategik mencakupi aspek latihan, perkongsian maklumat, bantuan keselamatan serta pengoperasian Pasukan khususnya di kawasan aset PETRONAS.

Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass mewakili PDRM bersama Pengurus Besar Kanan, Keselamatan Kumpulan PETRONAS, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Yang Mulia Datuk Tengku Muhammad Taufik di Dewan Dulang, Malaysia Petroleum Club, Menara PETRONAS.

Menurut Tan Sri Acryl Sani, MoU yang termeterai itu akan menjadi platform pemudahcara bagi PDRM dan PETRONAS untuk menjalin lebih banyak peluang kerjasama yang bukan sahaja memberi manfaat kepada kedua-dua pihak tetapi juga kepada kesejahteraan masyarakat serta kepentingan negara.

"Menyedari bahawa pelbagai faktor turut menyumbang ke arah keselamatan dan kestabilan negara, PDRM sentiasa mengalu-alukan sebarang tawaran kolaborasi strategik daripada mana-mana sektor swasta dan badan korporat berpengaruh seperti PETRONAS untuk menjadi sebahagian daripada komuniti bersepadu PDRM, dalam usaha mengekalkan keamanan negara," ucap beliau.

Dalam majis yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Puan Nelly Francis turut menyampaikan cek replika sumbangan bernilai RM80,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP), berupa barangan iaitu 20 buah kerusi roda dan 20 buah katil yang telah diserahkan di Dewan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 21 Mac lalu.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, CP Dato’ Cheong Koon Kock, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, DCP Dato’ Shukri Abdullah, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Dato’ Allaudeen Abdul Majid, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Ruslan Khalid, Ketua Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Dato’ Salmi Yaacob, para pegawai kanan PDRM dan Pegawai Pengurusan Kanan PETRONAS.

Jurugambar: Koperal Mohd Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 9 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 8 people, people standing and indoor

May be an image of 16 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 3 people, people standing and text that says '@HAK PDRN 8 PETRONAS'

May be an image of 9 people and people standing

May be an image of 2 people

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing, indoor and text

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'PETROLIAMNA 1APRIL 1APRIL2022 2022 MENARA KEMBA ( 1:30 pagi KLCC Yayasan PETRONAS Sumbanga

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text
ArticlePublished 01 Apr 2022 8.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM