Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Jabatan Perhutanan Sedang Kesan Aktiviti Pencerobohan Migran Di Sempadan M Sia Thailand

Diterbitkan: 20 May 2015 10.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 20 Mei- Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perhutanan sedang mengesan aktiviti pencerobohan migran di sempadan Malaysia-Thailand yang menjadikan kawasan hutan tebal sebagai 'kem tahanan'.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-jabatan-perhutanan-sedang-kesan-aktiviti-pencerobohan-migran-di-sempadan-m-sia-thailand
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:45 MYT

Kuala Lumpur, 20 Mei- Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perhutanan sedang mengesan aktiviti pencerobohan migran di sempadan Malaysia-Thailand yang menjadikan kawasan hutan tebal sebagai 'kem tahanan'.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Dato' Muhd Fuad Abu Zarim berkata, polis sedang menjalankan operasi di sempadan Perlis-Thailand dan Kedah-Thailand melibatkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Katanya polis tidak menolak kemungkinan wujudnya pencerobohan migran di kawasan berkenaan dan operasi ketika ini giat dijalankan.

"Kita akan teruskan operasi pencarian dan jejaki laluan masuk dan apa juga yang berkaitan dengan pendatang asing tanpa izin ini.

Kita percaya ada... mereka yang berada di sempadan Thailand itu memang nak masuk Malaysia bukan nak pergi ke tempat lain dan kita percaya memang ada laluan masuk ke negara kita dan kemungkinan ada khemah-khemah yang telah didirikan untuk aktiviti ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Muhd Fuad berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan hari ini yang mendedahkan mengenai 'kem tahanan' yang menempatkan migran di kawasan hutan simpan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Media itu yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang meneliti laporan dan foto akhbar itu berkata bahawa perkara itu seperti berlaku di hutan simpan dan ia telah lama berada di situ.

Muhd Fuad berkata satu sidang media akan diadakan hujung minggu ini bagi memaklumkan hasil operasi itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Profesor Dr. Abd Rahman Abd Rahim berkata pihaknya telah menghantar pegawainya ke lapangan untuk mengesahkan sama ada benar lokasi itu terletak di kawasan hutan simpan.

"Kita perlu tengok sama ada ia di hutan simpan kekal atau hutan simpan...kalau hutan simpan kekal di bawah jagaan kita, kalau hutan simpan itu bukan di bawah jagaan kita," katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata susulan aktiviti pemerdagangan manusia yang berlaku di sempadan Malaysia-Thailand, beliau telah mengarahkan kira-kira 300 anggota VAT69 bagi menggeledah hutan tebal di kawasan di sempadan Malaysia-Thailand.

Khalid berkata penggeledahan itu dilakukan selepas pihak Polis Diraja Thailand menemui dua kem yang dipercayai dijadikan markas operasi sindiket pemerdagangan manusia awal bulan ini.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 20 May 2015 10.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM