Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Hargai Kerjasama Pengamal Media Sebar Maklumat Dengan Telus

Diterbitkan: 18 May 2023 12.12 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 18 Mei 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menghargai kerjasama dan komitmen tinggi para pengamal media dalam menyebar luas maklumat yang telus berkaitan Pasukan kepada masyarakat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-hargai-kerjasama-pengamal-media-sebar-maklumat-dengan-telus
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:53 MYT

Kuala Lumpur, 18 Mei 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menghargai kerjasama dan komitmen tinggi para pengamal media dalam menyebar luas maklumat yang telus berkaitan Pasukan kepada masyarakat.

Penghargaan tersebut dizahirkan beliau dalam Majlis “Hi-Tea” Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Media Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Tan Sri Acryl Sani berharap agar setiap laporan yang dikongsikan oleh pihak media mengenai PDRM dapat memperjelaskan sesuatu isu dan memperkukuhkan imej PDRM di mata masyarakat.

Dalam majlis tadi, beliau juga berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan kepada 70 pengamal media dari pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa sebagai menghargai kerjasama dan komitmen tinggi mereka menyalurkan informasi program-program serta kempen yang dijalankan oleh PDRM selama ini.

Selain itu, mereka turut diberi taklimat ringkas oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Datuk Mohamad Zainal Hj. Abdullah berhubung isu “Rulers, Religion, Race” dan isu yang disiasat pihak polis.

Hadir sama adalah Pengarah Jabatan KDNKA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, barisan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Noorsiah Mohd Saaduddin, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Encik Thillinadan Muniandy, Editor Eksekutif Digital Sinar Harian, Puan Ruzy Adila Idris dan Editor Meja Berita BERNAMA, Puan Noor Shamsiah Mohamed @ Ismail.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.


May be an image of 6 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 6 people, table, flower, wedding and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 4 people

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 2 people, people smiling, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

ArtikelDiterbitkan 18 May 2023 12.12 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM