Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya polis Kuala Lumpur sentiasa menggempur habis-habisan kegiatan perjudian di atas talian (online) di ibu negara dalam usaha menghapuskan jenayah itu sehingga ke akar umbi.
Atas inisiatif sendiri, polis Kuala Lumpur telah menubuhkan pasukan khas sendiri bagi mengambil tindakan ke atas premis atau orang perseorangan yang menjalankan kegiatan haram ini.
Sejak Januari 2015 sehingga Julai 2015, polis Kuala Lumpur telah berjaya menyerbu sebanyak 418 premis judi online dengan 1,291 tangkapan telah dibuat serta 12,389 buah komputer judi online termasuk peralatannya dirampas.
Sumber: Utusan Malaysia