Kenali Kbsjnd Kajang Asp Mukhlis Abdullah
Sejak dibangku sekolah lagi, cita-cita untuk menyarung uniform kebanggaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ditanam dan disematkan di dalam sanubari seorang insan yang bernama Mukhlis Abdullah.
Seorang cucu dan anak kepada warga PDRM itu berpendapat hanya dengan mencurahkan segala keringat dan bakti di dalam pasukan keramat itu sahajalah yang dapat memberikan kepuasan kepadanya dalam menyumbangkan sesuatu kepada negara demi anak bangsa sendiri.
Bagi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (KBSJND) Kajang, ASP Mukhlis Abdullah, pengalaman berkhidmat di dalam Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik benar-benar mengajar dirinya untuk berdikari.
Dengan kekuatan pegawai dan anggota di bawahnya, beliau berazam untuk melakukan yang terbaik agar masyarakat setempat khususnya di dalam daerah Kajang, Selangor dapat menerima khidmat terbaik dari PDRM.
Ikuti pengalaman lanjut liku-liku kerjaya ASP Mukhlis dalam ruangan Wira di bawah.
Sumber: Utusan Malaysia