Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Esscomm Pantau Pergerakan Kapal Daripada Filipina

Diterbitkan: 14 Apr 2016 5.51 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.29 PM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan memantau sebarang pergerakan kapal atau bot dari dari selatan Filipina ke dalam negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-esscomm-pantau-pergerakan-kapal-daripada-filipina
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 03:28 MYT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan memantau sebarang pergerakan kapal atau bot dari dari selatan Filipina ke dalam negara ini.

Komander ESSCOM, Dato' Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya sedia maklum tentang serangan yang dilancarkan tentera negara jiran itu ke kubu kuat militan Abu Sayyaf di Pulau Basilan, Filipina.

Beliau turut menafikan khabar angin kononnya tentera militan sudah memasuki negeri Sabah dan memberi jaminan ESSCOM sentiasa bersiap sedia berdepan sebarang masalah atau kemungkinan di kawasan yang bergolak tersebut.

Sumber: Harian Metro

Pdrm Esscomm Pantau Pergerakan Kapal Daripada Filipina
ArtikelDiterbitkan 14 Apr 2016 5.51 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.29 PM