Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar

Diterbitkan: 12 Jun 2014 3.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
"....Kita perlu sedar, dalam mengaplikasikan teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti hidup masyarakat dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan..." – YDH Timba..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-dukung-budaya-hijaukan-alam-sekitar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:50 MYT

Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Santher Kumar A/L Sehgar

PDRM Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar

"....Kita perlu sedar, dalam mengaplikasikan teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti hidup masyarakat dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan..." - YDH Timbalan Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR, 27 Dis – "Tahniah diatas tindakan proaktif Jabatan Logistik PDRM kerana telah menganjurkan seminar ini dan beberapa inisiatif lain yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai teknologi hijau sekali gus menunjukkan kesungguhan kita untuk turut serta dalam kempen-kempen yang melibatkan kesejahteraan - bukan sahaja kepada orang ramai, tetapi juga kepada alam sekitar," ujar YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dalam ucapan perasmiaannya sempena Seminar ‘Go Green’ PDRM yang berlangsung di Prince Hotel & Residence, hari ini.

Beliau menegaskan, sebagai organisasi penguatkuasa terulung di Malaysia, PDRM perlu memainkan peranan yang bijak dalam menyahut seruan glokal (global & lokal) ini dan setiap formasi, kontinjen dan jabatan perlu mengambil serius tentang pelaksanaan teknologi hijau ini.

Menurutnya lagi, Teknologi Hijau telah dijadikan agenda Jabatan Logistik dalam Perancangan Strategik dan Resolusi Tahun 2013 dengan memfokuskan kepada empat aspek, iaitu Penjimatan Tenaga; Meminimumkan Pencemaran Alam Sekitar; Meningkatkan Pembangunan Ekonomi melalui perolehan peralatan dan perkhidmatan yang "environmental friendly"; dan menjadi Penyumbang kepada Konsep 'Corporate Social Responsibility' kepada masyarakat.

Sebagai usaha dalam merealisasikan inisiatif ini, PDRM akan membina bangunan hijau yang pertama iaitu Balai Polis (Trafik) Tun HS Lee sebagai langkah pertama untuk menjayakan resolusi teknologi hijau ini.

Sebagai permulaan kepada warga PDRM untuk mengamalkan teknologi hijau di dalam pasukan, beberapa siri program kesedaran dan pendidikan akan dijalankan oleh Jabatan Logistik ke seluruh negara mulai tahun hadapan.

PDRM juga akan menerapkan teknologi hijau dalam reka bentuk dan kelengkapan bangunan yang baru, perolehan peralatan, kelengkapan dan perkhidmatan PDRM.

"Teknologi Hijau diyakini boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar," akhiri beliau.

Program pada hari ini turut dihadiri oleh YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Ketua-ketua Polis Negeri, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Polis, Komandan-komandan, Ketua Jabatan Logistik Negeri dan wakil-wakil media.

Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar
Nyanyian lagu Negaraku...

Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar
Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar
Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar
Bacaan doa...

Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar
Ucapan oleh YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM

Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar
Ucapan oleh YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar
Gimik perasmian...

Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar
Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar
Sesi penyerahan cenderahati...

Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar
Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar
Antara yang hadir...

Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar
Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar
Sidang media...

Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar
Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar
Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar
Pdrm Dukung Budaya Hijaukan Alam Sekitar
YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara membuat lawatan di sekitar 'booth' pameran...
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 3.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM