Artikel
Pdrm Dekati Pemandu Teksi Bantu Banteras Jenayah
Dalam satu perjumpaan bersama 19 pemandu teksi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ), Dato’...
Petaling Jaya, 26 Feb - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk menggiatkan lagi langkah pencegahan jenayah dengan menjadikan pemandu-pemandu teksi sebagai mata dan telinga pihak polis dengan menyalurkan maklumat-maklumat berkaitan jenayah melalui aplikasi MyTeksi.
Dalam satu perjumpaan bersama 19 pemandu teksi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ), Dato’ Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd berkata melalui sesi berkenaan pihak polis dapat berbincang dan bertukar pandangan bagi menambahbaik fungsi di dalam aplikasi tersebut bagi membolehkan mereka (pemandu teksi) menyalurkan maklumat dengan pantas dan pihak polis dapat bertindak dengan lebih cepat.
Sesi tersebut juga bagi memperkenalkan Supt Komunikasi Korporat, Supt Lai Lee Ching, sebagai pemilik inisiatif (initiative owner) untuk kerjasama polis dengan sektor swasta di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) 7: Partner with private sector to communicate new crime fighting.
Perjumpaan lebih satu jam itu mendapat respon yang positif daripada pemandu-pemandu teksi yang hadir dan mereka berjanji untuk memberi sepenuh komitmen bagi menjayakan kolaborasi tersebut.
Perjumpaan yang diadakan di Ibu Pejabat MyTeksi, petang tadi, turut dihadiri oleh wakil MyTeksi dan beberapa pegawai kanan polis.

Sesi bersama pemandu-pemandu teksi.

Sesi bersama pemandu-pemandu teksi.

Sesi bersama pemandu-pemandu teksi.

Sesi bersama pemandu-pemandu teksi.

Bergambar kenangan