Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Dan Uk Kaji Kaedah Banteras Kegiatan Pemerdagangan Manusia

Diterbitkan: 23 Nov 2015 3.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Persidangan itu merupakan inisiatif yang di ambil oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar yang bertujuan mempelajari pengalaman negara United Kingdom (UK) dalam mencari pendekatan dan langkah-langkah memerangi jenayah itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-dan-uk-kaji-kaedah-banteras-kegiatan-pemerdagangan-manusia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:10 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo

Kuala Lumpur, 23 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan ‘
The Institute International Policing And Juctice Institute’ dalam mengkaji aktiviti pemerdagangan manusia menerusi satu persidangan ‘Effective Interventions In Transnational Human Trafficking’ di Maktab PDRM, di sini, hari ini.

Persidangan itu merupakan inisiatif yang di ambil oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar yang  bertujuan mempelajari pengalaman negara United Kingdom (UK) dalam mencari pendekatan dan langkah-langkah memerangi jenayah itu.

“Penyeludupan manusia ialah satu masalah global yang sentiasa meningkat mengikut arus kemodenan. Ia merupakan satu cabaran utama bagi kerajaan dan penguatkuasa undang-undang yang mana membawa kesan kepada berjuta-juta nyawa orang di seluruh dunia ini”, ujar Pengarah Professor Kevin Bamton, International Policing and Justice Institute.

Persidangan itu telah dirasmikan oleh Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah yang mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

“Saya berterima kasih kepada pihak University Of Derby dan wakil agensi-agensi penguatkuasa undang-undang malaysia yang hadir kerana menjayakan persidangan ini untuk berkongsi pengalaman mereka. Diharap persidangan ini akan menyediakan landasan terbaik untuk memahami dimensi jenayah penyeludupan manusia seterusnya berjuang memerangi jenayah rentas sempadan ini”, ujar Pengarah Pengurusan PDRM dalam ucapan perasmian beliau.

Turut hadir dalam persidangan itu ialah Ketua-ketua polis negeri dan Pesuruhjaya polis, Timbalan-timbalan Pengarah Jabatan PDRM, delegasi Univerity of Derby dan pegawai-pegawai kanan polis.

Pdrm Dan Uk Kaji Kaedah Banteras Kegiatan Pemerdagangan Manusia
Majlis bergambar kenangan di pintu ketibaan Maktab PDRM, Kuala Lumpur


ArtikelDiterbitkan 23 Nov 2015 3.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM