
Pdrm Dan Polri Kukuhkan Jalinan Kerjasama Dalam Menguatkuasakan Undang Undang Kedua Dua Negara
Kuala Lumpur, 15 Disember 2022 – Dalam menguatkuasakan undang-undang negara serantau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kepolisian Negara Republik Indonesia (Polri) telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan bilateral di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Selain dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama, perjumpaan tersebut turut membincangkan usaha dalam memperkukuhkan tahap keselamatan di antara kedua-dua negara dan Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan “Preventing and Combating Transnasional Crimes and Enhancing Capacity Building”.
Ia telah dipengerusikan oleh Komander Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman selaku ketua delegasi PDRM, DCP Dato' Noor Sham Md Jani dengan dihadiri delegasi daripada POLRI yang diketuai oleh Kepala Divisi Hubungan Internasional Kepolisian Negara Republik Indonesia (Divhubinter Polri), Inspektur Jenderal Krishna Murti, S.I.K., M.Si.
Sejurus selesai, Inspektur Jenderal Krishna Murti, S.I.K., M.Si. bersama delegasi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Pengarah JKDNKA, Bukit Aman, CP Dato' Khaw Kok Chin di pejabatnya.
Hadir sama, Penolong Pengarah E8, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Azman Omar, Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Azhar Sepawi, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, SAC Mohd Rozi Jidin, Ketua Penolong Pengarah Urus Setia, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Shaiful Annuar Hj. Yusof, Komander Pasukan Polis Marin, Jabatan KDNKA, SAC Rosman Ismail, Komander Unit Tindakhas Jabatan KDNKA, SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, para pegawai kanan PDRM serta delegasi Polri.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin