
Article
Pdrm Dan Maiwp Cakna Kebajikan Pesara Polis Waris Dan Anggota Pga
Kuala Lumpur, 12 April 2021 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berbesar hati menyampaikan sumbangan...
Kuala Lumpur, 12 April 2021 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berbesar hati menyampaikan sumbangan berupa wang tunai serta barangan keperluan buat pesara polis, waris dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit Aman pagi tadi.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Encik Mohd Nizam Haji Yahya mewakili Pengerusi MAIWP.
Selain menyerahkan sumbangan sebanyak RM500 setiap seorang kepada pesara dan RM5,000 kepada anggota Batalion 3 Senoi Praaq iaitu Sarjan Norihan Tari serta balu kepada Sarjan Baharuddin Ramli, Puan Relow Alang yang meninggal dunia dalam insiden tembakan di sempadan Malaysia-Thailand pada 24 November tahun lalu, pihak MAIWP juga berbesar hati menyalurkan sumbangan sebanyak RM535,500 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP).
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, Encik Mahadi Sukarno, CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan PDRM, CP Dato' Zaini Jass, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Datuk Wira Mat Kasim Karim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, DCP Dato’ Azmi Abu Kasim dan Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf.