Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Dan Jais Sempurnakan Program Pemuliaan Dan Pelepasan Bongkah Abu Al Quran Ke Laut

Diterbitkan: 10 Jun 2026 1.59 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.54 PM
Pelabuhan Klang, 9 Jun 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menyempurnakan Majlis Pelepasan Bongkah Abu Al-Quran dan Bahan Penerbitan Mengandungi Ayat Suci Al-Quran ke Laut bagi Tahun 2026 yang berlangsung di Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-dan-jais-sempurnakan-program-pemuliaan-dan-pelepasan-bongkah-abu-al-quran-ke-laut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:57 MYT
Pelabuhan Klang, 9 Jun 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menyempurnakan Majlis Pelepasan Bongkah Abu Al-Quran dan Bahan Penerbitan Mengandungi Ayat Suci Al-Quran ke Laut bagi Tahun 2026 yang berlangsung di Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, di sini.

Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai usaha berterusan memelihara kesucian Al-Quran serta memastikan proses pelupusan bahan-bahan yang mengandungi ayat suci Al-Quran dilaksanakan mengikut syariat dan penuh penghormatan.

Dalam ucapannya, Tan Sri Ayob Khan berkata program berkenaan membawa mesej besar bahawa Islam bukan sahaja mengajar umatnya menggunakan sesuatu dengan baik, malah mengajar bagaimana mengurus dan mengakhirinya dengan penuh adab serta tertib.

Beliau turut menegaskan bahawa Al-Quran merupakan Kalamullah yang wajib dipelihara kesuciannya dan menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk menghormati serta menguruskan naskhah yang rosak atau usang dengan penuh penghormatan.

Menurut beliau, usaha memelihara kesucian Al-Quran bukan hanya terletak di bahu institusi agama semata-mata, sebaliknya memerlukan penglibatan dan kesedaran bersama masyarakat Islam secara keseluruhan.

Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Pemerintah Kapal Ronda, Insp. Zamri Sa’an kepada peserta dan sukarelawan berkaitan kaedah pelepasan abu ke laut serta aspek keselamatan dan kecemasan sebelum berlayar.

Proses pelupusan bongkah abu Al-Quran tersebut dilaksanakan di perairan berhampiran Pulau Angsa, kira-kira 20 batu nautika dari Jeti PPM Pelabuhan Klang bagi memastikan pelaksanaannya berjalan secara teratur, selamat dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Turut hadir, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, ACP Jaffri Bidin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS, Tuan Muhamad Sujak Muhammad Dasuki, Pengarah Syarikat QAF International Sdn. Bhd., Lt. Kol. (B) Tuan Hj. Mohd Rahib Hj. Mohd Isa dan Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Hj. Kamalariffin Aman Shah.

Jurugambar: PDRM RMPTV

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text that says 'FLLS K KMO'

May be an image of text

May be an image of one or more people, dais and text that says '박에라트 PEMULIAAN ABA AT-COJRON AD-COJ RON'


ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2026 1.59 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.54 PM