Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Buru Empat Lagi Suspek Kes Pembunuhan Warga Korea Utara

Diterbitkan: 19 Feb 2017 10.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Empat lagi suspek warganegara Korea Utara yang telah dikenal pasti kini sedang diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Chol di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), pada 13 Februari lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-buru-empat-lagi-suspek-kes-pembunuhan-warga-korea-utara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:25 MYT

Kuala Lumpur, 19 Februari 2017 - Empat lagi suspek warganegara Korea Utara yang telah dikenal pasti kini sedang diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Chol di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), pada 13 Februari lalu.

Keempat-empat suspek tersebut dikenali sebagai Ri Ji Hyon, Hong Song Hac, O Jong Gil dan Ri Jae Nam. Kesemua mereka adalah warga Korea Utara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dalam sidang media yang diadakan di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman memaklumkan keempat-empat suspek tersebut telah meninggalkan negara ini pada hari yang sama pembunuhan itu berlaku. Walaubagaimanapun, beliau turut memaklumkan terdapat tiga lagi suspek yang sedang dikesan terlibat dalam kes tersebut.

Tan Sri Noor Rashid menegaskan bahawa PDRM kini sedang menunggu laporan penuh hasil bedah siasat yang dijalankan pada 15 Februari lalu di Hospital Kuala Lumpur dan beliau turut memberi jaminan bahawa PDRM telah menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang negara.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes pembunuhan ini untuk tampil membantu siasatan. 

Pdrm Buru Empat Lagi Suspek Kes Pembunuhan Warga Korea Utara
Empat lagi suspek warganegara Korea Utara yang sedang diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Chol..

Pdrm Buru Empat Lagi Suspek Kes Pembunuhan Warga Korea Utara

tiga lagi suspek yang sedang dikesan terlibat dalam kes pembunuhan Kim Chol..

Pdrm Buru Empat Lagi Suspek Kes Pembunuhan Warga Korea Utara
Empat suspek yang telah ditahan bagi membantu siasatan..

Pdrm Buru Empat Lagi Suspek Kes Pembunuhan Warga Korea Utara
Sekitar sidang media pada hari ini...


ArtikelDiterbitkan 19 Feb 2017 10.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM