Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Bukit Aman Meraikan Bakal Jemaah Haji 1438h 2017m

Published: 26 Jul 2017 8.07 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2017 – Seramai 79 Pegawai Kanan dan anggota dari seluruh jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman yang akan mengerjakan ibadah Haji pada tahun ini telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Bukit Aman, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-bukit-aman-meraikan-bakal-jemaah-haji-1438h-2017m
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:24 MYT

KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2017 – Seramai 79 Pegawai Kanan dan anggota dari seluruh jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman yang akan mengerjakan ibadah Haji pada tahun ini telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Bukit Aman, pagi tadi.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid  Ibrahim bersama isterinya, Puan Sri Datin Sri Shahriza binti Saad @ Mansor yang juga Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia.

“Saya dan seluruh warga PDRM di peringkat Bukit Aman mendoakan bakal jemaah Haji diberikan kesihatan yang baik, hati yang tenang dan dada yang lapang untuk melakukan amal ibadah dengan penuh khusyuk dan tawadhuk,” kata Tan Sri Noor Rashid  Ibrahim dalam ucapannya.

Dalam majlis itu juga bakal jemaah Haji yang diraikan turut menerima sumbangan satu set pakaian ihram, satu set telekung dan wang tunai berjumlah 300 Riyal daripada pihak Masjid Bukit Aman dan PERKEP Malaysia.

Turut hadir pada majlis ini adalah, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato’ Sri Abd Rahim Haji Hanafi, Setiausaha Polis Malaysia, Dato’ Mohd Khalil Kader Mohd, Ketua Penolong Pengarah E7, Cawangan Khas, Dato’ Haji A. Rahman Haji Ahmad yang juga merupakan Pengerusi Masjid Bukit Aman, pegawai-pegawai kanan, anggota serta pegawai awam PDRM.

;_MG_5093
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid  Ibrahim.

_MG_5136
Bacaan doa.

_MG_5132
Bacaan doa.

_MG_5243Antara bakal jemaah Haji menerima sumbangan.

_MG_5202
Antara bakal jemaah Haji menerima sumbangan.

_MG_5198

Antara bakal jemaah Haji menerima sumbangan.

ArticlePublished 26 Jul 2017 8.07 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM