Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Blue Warrior Buru Kejuaraan Tnb Liga Hoki Malaysia 2017

Published: 31 Jan 2017 10.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 31 Januari 2017 – Sebagai pembakar semangat kepada Skuad Hoki Wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau lebih dikenali sebagai ‘PDRM Blue Warrior’, telah berlangsung satu Majlis Memperkenalkan Pemain-Pemain Hoki Wanita PDRM Bagi Kejohanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Liga Hoki Malaysia 2017 di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-blue-warrior-buru-kejuaraan-tnb-liga-hoki-malaysia-2017
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:26 MYT

Kuala Lumpur, 31 Januari 2017 – Sebagai pembakar semangat kepada Skuad Hoki Wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau lebih dikenali sebagai ‘PDRM Blue Warrior’, telah berlangsung satu Majlis Memperkenalkan Pemain-Pemain Hoki Wanita PDRM Bagi Kejohanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Liga Hoki Malaysia 2017 di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman, petang tadi.

Rentetan daripada kemenangan setelah menjuarai Piala Vivian May Sours dan Naib Juara Liga Hoki Malaysia TNB, Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah dalam ucaptamanya memberikan ucapan penghargaan atas pencapaian skuad hoki wanita yang berjaya membawa PDRM ke Kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia 2017 yang akan berlangsung pada 2 Februari 2017 sehingga 12 Mac 2017.

“Majlis yang kita adakan pada hari ini merupakan manifestasi pucuk pimpinan serta seluruh warga PDRM dalam meniup dan membangkitkan semangat juang pasukan ‘PDRM Blue Warrior’ untuk terus konsisten mempamerkan prestasi yang terbaik dalam pertandingan nanti, Insya-Allah,”kata beliau dalam ucapannya.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa ‘PDRM Blue Warrior’ mempunyai kesebelasan utama yang terdiri daripada lima pemain kebangsaan iaitu dua pemain daripadanya adalah pegawai kanan polis, tiga orang awam dan dua pemain import dari Korea Selatan yang menjadi tulang belakang pasukan bagi musim 2017 kali ini.

“Saya yakin bahawa kombinasi barisan pemain kali ini pastinya akan dapat mempamerkan persembahan yang lebih cemerlang.

Dengan percaturan taktikal, strategi dan formasi yang tepat oleh ketua jurulatih, tidak mustahil ‘PDRM Blue Warrior’ mampu menggegarkan saingan Liga pada tahun ini,” tambah beliau lagi dalam ucapannya.

Skuad hoki wanita PDRM pada kali ini dibarisi oleh pemain handalan iaitu Kadet Inspektor Farah Ayuni yang telah dinobatkan Penjaga Gol Terbaik Asia pada 2016 dan Kadet Inspektor Nor Hasliza yang telah membuat 200 Caps mewakili pasukan hoki wanita kebangsaan.

Pasukan Hoki Wanita PDRM yang ditubuhkan pada tahun 1976 ini telah melakukan beberapa transformasi dan menyusun strategi gerak gempur pasukan bagi meningkatkan momentum pencapaian pasukan sekaligus bagi mengekalkan gelaran juara pada kali ini.

Turut hadir sama majlis tersebut ialah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Dato’ Azisman Alias, Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Merangkap Pengurus Pasukan Hoki Wanita PDRM, SAC Mohd Shuhaily Mohd Zain, Penolong Pengarah Narkotik Zon 1, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Merangkap Presiden Persatuan Hoki PDRM, ACP Batumalai R.Suppiah, pegawai-pegawai kanan PDRM serta rakan media.

_MG_4023
Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah ketika berucap..

_MG_4098
Sesi penyampaian jersi Pasukan Hoki Wanita PDRM.

IMG_8151
Sesi penyampaian jersi Pasukan Hoki Wanita PDRM.

IMG_8171
Gambar kenangan.
ArticlePublished 31 Jan 2017 10.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM