Pdrm Beri Sumbangan Kepada Enam Individu Kurang Bernasib Baik
Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp. Arisanti binti Aziz
Kuala Lumpur, 15 April – Seramai enam individu kurang bernasib baik yang terdiri warga polis dan suri rumah telah menerima sumbangan dalam Majlis Sembahyang Agama Buddha Sempena Hari Polis Diraja Malaysa (PDRM) Ke-209 yang berlangsung di Dewan Asoka Buddhist Maha Vihara, di sini hari ini.
Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Wira Chuah Ghee Lye selaku Penaung Majlis dalam ucapannya berkata, derma yang diberikan merupakan kutipan sumbangan ikhlas kalangan warga polis, ahli-ahli perniaga dan secara individu.
“Amalan menghulurkan bantuan merupakan ajaran penganut agama Buddha agar dapat mewujudkan kasih sayang sesama manusia bagi setiap individu mengamalkan amal jariah tersebut. Semoga amalan ini akan berterusan agar selain dapat meringankan beban rakan-rakan kita yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama”, tambahnya di dalam ucapannya tadi.
Majlis bacaan doa telah dipimpin oleh Ketua Sami Malaysia, Datuk K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thero bersama lebih kurang 300 penganut agama Buddha.
Hadir sama dalam majlis ialah Timbalan Pengarah II Cawangan Khas selaku Penasihat AJK Aktiviti Keagamaan Buddha, Dato’ Leo Chong Cheong, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Dato’ Law Hong Soon, Ahli-ahli Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Persatuan Komuniti Polis, Kolej Tar, Kadet Polis SM Kuan Cheng dan Sekolah Tinggi Chung Hwa.
Majlis bacaan doa telah dipimpin oleh Ketua Sami Malaysia, Datuk K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thero (tengah)