Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Bentang Empat Fokus Utama Tahun 2016 Dalam Pelan Strategik Kdn

Published: 08 Dec 2015 2.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membentangkan empat fokus utama untuk tahun 2016 dalam Mesyuarat Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2015/2016 yang dianjurkan oleh Bahagian Perancangan Strategik, KDN yang telah diadakan pada 27 hingga 29 November 2015 di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-bentang-empat-fokus-utama-tahun-2016-dalam-pelan-strategik-kdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:51 MYT
Shah Alam, 29 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membentangkan empat fokus utama untuk tahun 2016 dalam Mesyuarat Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2015/2016 yang dianjurkan oleh Bahagian Perancangan Strategik, KDN yang telah diadakan pada 27 hingga 29 November 2015 di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, lepas.

PDRM telah diwakili oleh Dato’ Rusli bin Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), SAC Muhammad Azlee bin Abdullah, SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi, pegawai-pegawai Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) serta wakil-wakil Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Objektif mesyuarat tersebut adalah membincangkan hala tuju dan fokus utama bagi tahun 2016 selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-11, Pelan Strategik KDN 2015-2020, Transformasi KDN, Kawalan Perbelanjanan dan Peruntukan melalui Outcome Based Budgeting (OBB) serta Perakaunan Akruan.

PDRM telah membentangkan empat fokus utama bagi Tahun 2016 iaitu,  penambahan aset PDRM yang melibatkan kereta peronda polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Program Kehadiran Polis di Masjid dan Rumah Ibadat,  Program Meningkatkan Aktiviti Pencegahan Jenayah Bersama Sektor Swasta / NGO dan Program Meningkatkan Sitaan Dalam Siasatan Kewangan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB. Tuan Masir Anak Kujat, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan dihadiri turut semua Ketua-ketua Jabatan / Agensi dan Ketua-ketua Bahagian di bawah KDN.

Pdrm Bentang Empat Fokus Utama Tahun 2016 Dalam Pelan Strategik Kdn
ArticlePublished 08 Dec 2015 2.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM