Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Atm Tingkat Rondaan Cegah Jenayah Di Lokasi Tumpuan Pe

Published: 19 Jun 2014 3.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUALA LUMPUR 15 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meningkatkan rondaan cegah jenayah bersama terutama di lokasi tumpuan pelancongan di seluruh negara mulai ha..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-atm-tingkat-rondaan-cegah-jenayah-di-lokasi-tumpuan-pe
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:33 MYT

KUALA LUMPUR 15 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meningkatkan rondaan cegah jenayah bersama terutama di lokasi tumpuan pelancongan di seluruh negara mulai hari ini bersempena Tahun Melawat Malaysia.

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah PDRM, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya telah mengumumkan penambahan 26 lokasi baharu rondaan di seluruh negara pada 25 Februari lalu.

Jelasnya, pertambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kawasan rondaan cegah jenayah bersama antara dua pasukan keselamatan itu kepada 70 lokasi.

"Bersempena Tahun Melawat Malaysia tahun ini, kita akan memberi fokus kepada lokasi-lokasi pelancongan utama agar pelancong atau orang awam bukan sahaja berasa gembira melancong sebaliknya yakin dan selamat sepanjang berada di lokasi.”

"Ini bukan sekadar rondaan biasa kerana kita telah mengarahkan anggota terlibat untuk berinteraksi dengan orang awam termasuk pelancong untuk mendapatkan apa sahaja maklumat dan maklum balas terhadap keselamatan di lokasi terlibat.”

"Kita juga sedang dalam perancangan untuk membuat integrasi dengan lain-lain unit dalam PDRM termasuk Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi meningkatkan rondaan di lokasi pelancongan terlibat," katanya lagi.

Pdrm Atm Tingkat Rondaan Cegah Jenayah Di Lokasi Tumpuan Pe
Pdrm Atm Tingkat Rondaan Cegah Jenayah Di Lokasi Tumpuan Pe
Pdrm Atm Tingkat Rondaan Cegah Jenayah Di Lokasi Tumpuan Pe
Pdrm Atm Tingkat Rondaan Cegah Jenayah Di Lokasi Tumpuan Pe


Sumber : Keratan Akhbar China Press, Guang Ming Daily, Sin Chew Daily dan Utusan Malaysia

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM