Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Atm Tingkat Keupayaan Saling Khidmat Melalui Mnctx

Published: 18 Mar 2015 6.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Eksesais selama tujuh hari ini juga melibatkan Pasukan Grup Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL), Pasukan Khas Udara (PASKAU) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-atm-tingkat-keupayaan-saling-khidmat-melalui-mnctx
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:13 MYT

Langkawi, 16 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergabung untuk meningkatkan keupayaan saling khidmat dan inter-operabiliti ketenteraan di antara negara-negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) dan United Arab Emirates (UAE) melalui Eksesais Melawan Keganasan Pelbagai Negara atau "Multination Counter Terrorism Exercise" (MNCTX) 2015.

Eksesais yang diilhamkan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ini adalah bagi menangani krisis yang boleh mengganggu gugat keselamatan serta kepentingan negara selain mengukuhkan hubungan ketenteraan, menggalakkan kerjasama dan mendorong pertukaran maklumat di antara tentera dan polis negara-negara ASEAN dan UAE.

MNCTX yang julung kali diadakan ini melibatkan penyertaan dari sepuluh buah negara ASEAN dan UAE dan telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Zahid Hamidi, di Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (LISRAM). Seramai 173 peserta terlibat dari dalam dan luar negara dengan PDRM diwakili oleh Pasukan Komando VAT 69 dan Unit Tindakan Khas (UTK).

Eksesais selama tujuh hari ini juga melibatkan Pasukan Grup Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL), Pasukan Khas Udara (PASKAU) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Turut hadir adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zain, Pengarah Jabatan Ketenteraman Awam dan Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Muhammad Fuad Abu Zarim serta pegawai-pegawai tertinggi PDRM dan ATM.

Pdrm Atm Tingkat Keupayaan Saling Khidmat Melalui Mnctx
Peserta Multination Counter Terrorism Exercise(MNCTX) 2015..

Pdrm Atm Tingkat Keupayaan Saling Khidmat Melalui Mnctx
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar

Pdrm Atm Tingkat Keupayaan Saling Khidmat Melalui Mnctx
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar

Pdrm Atm Tingkat Keupayaan Saling Khidmat Melalui Mnctx
Ketibaan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi..

Pdrm Atm Tingkat Keupayaan Saling Khidmat Melalui Mnctx
Sekitar majlis berlangsung...

Pdrm Atm Tingkat Keupayaan Saling Khidmat Melalui Mnctx
Sekitar perbarisan berlangsung....

Pdrm Atm Tingkat Keupayaan Saling Khidmat Melalui Mnctx
Tabik hormat dari Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi..

Pdrm Atm Tingkat Keupayaan Saling Khidmat Melalui Mnctx
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan perasmian.

Pdrm Atm Tingkat Keupayaan Saling Khidmat Melalui Mnctx
Acara Perasmian Multination Counter Terrorism Exercise" (MNCTX) 2015 berlangsung..

Pdrm Atm Tingkat Keupayaan Saling Khidmat Melalui Mnctx
Penyampaian cenderahati..

Pdrm Atm Tingkat Keupayaan Saling Khidmat Melalui Mnctx
Sekitar perbarisan berlangsung..

Pdrm Atm Tingkat Keupayaan Saling Khidmat Melalui Mnctx
Suasana sekitar perbarisan berlangsung..

Pdrm Atm Tingkat Keupayaan Saling Khidmat Melalui Mnctx
Sekitar perbarisan berlangsung....


Pdrm Atm Tingkat Keupayaan Saling Khidmat Melalui Mnctx
Acara demonstrasi.. 
ArticlePublished 18 Mar 2015 6.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM