Pdrm Atasi Rtp Dalam Ragbi Piala Rujirawongse Ke 31
Kuala Lumpur, 12 Mei – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menawan pasukan Royal Thai Police (RTP) dalam perlawanan ragbi Piala Rujirawongse ke-31 selepas memenangi perlawanan tersebut dengan kutipan mata 19 berbalas 15 di padang Pusat Latihan Polis (PULAPOL) petang tadi.
Pasukan PDRM jelas menunjukkan aksi yang cemerlang selepas berjaya mengekang asakan bertubi-tubi oleh pihak lawan dan semangat perjuangan yang ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan Commissioner General , Royal Thai Police, General Chaktip Chaijinda.
Perlawanan ragbi tradisional tahunan antara dua negara ini dimulakan oleh Royal Thai Police dari tahun 1961 dan penganjuran oleh kedua-dua negara diteruskan secara silih berganti di mana PDRM mengambil tempat selaku penganjur pada tahun ini.
Hadir sama memberi sokongan Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohmad Salleh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Dato’ Sri Mohd Mokhtar Hj Mohd Shariff, Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT), Dato’ Zaleha Abdul Rahman, barisan deligasi Royal Thai Police, warga PDRM dan jemputan media.
Pasukan ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergambar kenangan sejurus memenangi perlawanan
Sekitar aksi perlawanan ragbi antara pasukan ragbi PDRM dan RTP
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersama Commissioner General , Royal Thai Police, General Chaktip Chaijinda di pentas utama
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersalaman dan beramah mesra dengan barisan pemain
Pasukan ragbi Polis Diraja Malaysia bergambar kenangan bersama barisan pucuk pimpinan PDRM dan RTP
Sekitar aksi perlawanan
Sekitar aksi perlawanan
Kem pasukan ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Kem pasukan ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM)