Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Antara Ikon Segmen Wira Akhbar Utusan Malaysia

Diterbitkan: 15 Aug 2016 12.25 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2016 – Selaku salah satu ikon dalam segmen wira selain rakan media akrab, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diwakili oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman telah hadir memberi sokongan kepada media Utusan Malaysia dalam Majlis Pelancaran Mega Lebih Besar dan Halaman Wilayah di Dewan Besar Utusan, di sini hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-antara-ikon-segmen-wira-akhbar-utusan-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:48 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp Asif Jamaluddin

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2016 – Selaku salah satu ikon dalam segmen wira selain rakan media akrab, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diwakili oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman telah hadir memberi sokongan kepada media Utusan Malaysia dalam Majlis Pelancaran Mega Lebih Besar dan Halaman Wilayah di Dewan Besar Utusan, di sini hari ini.

Berucap dalam majlis perasmian itu, Pengarang Utusan Malaysia, Encik Zulkefli Hamzah berkata, perubahan MEGA bukan lagi menjadi akhbar yang dimasukkan dalam Utusan Malaysia sebaliknya turut menjadi satu seksyen utama dalam penerbitannya hari ini.

“Wajah baharu ini mempunyai lima muka depan berbeza seperti Isnin (Sains), Selasa (Hits), Rabu (Rona), Khamis (Wira) dan Jumaat (Mimbar)”, tambah beliau lagi.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Noordin Abbas, Ketua Pengarah Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Hadir sama adalah ikon MEGA iaitu Usahawan Pertanian dan Perikanan, Encik Mohd Afiq Arif, Pelakon Muda Tanah Air, Raja Afiq, Pengasas Telekung Siti Khadijah Emperial, Puan Fazdilah Endah Sulaiman, Ketua Staff Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Seri Sabri Adam dan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Agensi Penguatkuasa MARITIM Malaysia, Karunathi A/L Munusamy.

IMG_5941
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman ketika gimik Pelancaran akhbar Mega Lebih Besar dan Halaman Wilayah

ArtikelDiterbitkan 15 Aug 2016 12.25 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM