Pdrm Anjur Program Galak Mahasiswa Sertai Pdrm
Cheras, 2 Mei 2017 – Selaras dengan usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menarik lebih ramai mahasiswa menyarung uniform keramat Sang Saka Biru, satu perjumpaan khas bersama mahasiswa seluruh Malaysia telah diadakan di Maktab PDRM Kuala Lumpur, dekat sini, pagi tadi.
Dalam perjumpaan khas bertajuk ‘Kerjaya PDRM Pilihan Mahasiswa Bersama Pengarah Pengurusan PDRM’ tersebut, seramai 331 mahasiswa daripada lima buah universiti terkemuka di sekitar Lembah Klang iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah hadir untuk diberikan pendedahan berkenaan kerjaya sebagai pegawai PDRM.
Sesi taklimat berkenaan kerjaya PDRM itu telah dikendalikan sendiri oleh Pengarah Pengurusan, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah dan Timbalannya yang menerajui Bahagian Dasar Sumber Manusia iaitu Dato' Mohd. Roze Shaari.
Lebih manis tentang program hari ini, ia turut memberi peluang kepada beberapa ikon PDRM untuk berkongsi pengalaman manis kerjaya serta pencapaian mereka sepanjang bersama PDRM.
Turut disediakan, pameran-pameran daripada jabatan dalam PDRM sebagai memberi gambaran jelas kepada mahasiswa berkenaan skop pekerjaan yang terdapat dalam PDRM.
Hadir sama dalam majlis ini ialah Komandan Maktab PDRM, Dato’ Shamsiah bt Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Dato’ Narenasagaran Thangaveloo, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), Dato' Hajjah Fatimah bt Abd Hamid serta lain-lain pegawai-pegawai kanan PDRM.
Ketibaan Penagarah Pengurusan, Dato' Sri Zulkifli Adullah..
Sesi menandatangani buku pelawat..
Sesi taklimat berkenaan kerjaya PDRM itu telah dikendalikan Timbalan Pengarah Pengurusan yang menerajui Bahagian Dasar Sumber Manusia iaitu Dato' Mohd. Roze Shaari.
Demonstrasi mempertahankan diri..
ikon PDRM, DCP Dato Azri Ahmad berkongsi pengalaman manis kerjaya serta pencapaiannya sepanjang bersama PDRM.
Antara mahasiswa yang hadir...
ikon PDRM, SAC Hussein Omar Khan berkongsi pengalaman manis kerjaya serta pencapaiannya sepanjang bersama PDRM.
ikon PDRM, SAC Sasikala Devi Subramaniam berkongsi pengalaman manis kerjaya serta pencapaiannya sepanjang bersama PDRM.
Ikon PDRM, SAC Normah Ishak berkongsi pengalaman manis kerjaya serta pencapaiannya sepanjang bersama PDRM.
ikon PDRM, ACP Fadil Marsus berkongsi pengalaman manis kerjaya serta pencapaiannya sepanjang bersama PDRM.
ikon PDRM, DSP Lee Swee Sake berkongsi pengalaman manis kerjaya serta pencapaiannya sepanjang bersama PDRM.
Sesi soal jawab...
Sesi soal jawab...
Sesi soal jawab...
Pengarah Pengurusan ketika menyampaikan sepatah dua kata setelah selesai sesi soal jawab bersama mahasiswa...
Sekitar sesi pendaftaran mahasiswa-mahasiswa yang berminat menyertai PDRM..
Sekitar sesi pendaftaran mahasiswa-mahasiswa yang berminat menyertai PDRM..