Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Anjur Majlis Rai Pesara Peringkat Bukit Aman

Published: 06 Dec 2019 5.09 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 7 Disember 2019 – Sebagai tanda penghargaan buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah dan bakal meninggalkan Pasukan, seramai 135 pesara perkhidmatan awam telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-anjur-majlis-rai-pesara-peringkat-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:21 MYT

Kuala Lumpur, 7 Disember 2019 – Sebagai tanda penghargaan buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah dan bakal meninggalkan Pasukan, seramai 135 pesara perkhidmatan awam telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador diiringi Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato' Abd Rahim Jaafar.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Abdul Hamid merakamkan setinggi penghargaan buat semua pesara atas kudrat dan keringat, serta sumbangan yang dicurahkan demi Pasukan dan negara. 

Beliau turut menitipkan pesanan kepada setiap pesara agar menjalani tempoh persaraan nanti dengan meluangkan masa bersama keluarga tercinta selain terus bergiat aktif dalam persatuan-persatuan bekas pesara polis. 

Dalam majlis sama, Tan Sri Abdul Hamid telah mengumumkan kadar baharu pemberian bantuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) bagi khairat kematian, bantuan pergerakan berupa kerusi roda, bantuan perubatan, anggota palsu dan sakit kronik, bantuan pendidikan serta bantuan bencana alam, berkuat kuasa pada bulan Januari 2020. 

Perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus TAWP yang diadakan pada 11 Oktober lalu. 

Kemuncak majlis, Tan Sri Abdul Hamid turut menyampaikan sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional, sijil penghargaan dan sijil perkhidmatan kepada semua yang diraikan.

Turut hadir, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan, wakil pesara, Dato’ Haji Mohd Hanif Haji Hanuddin dan para pesara yang dirai.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang duduk
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional, sijil penghargaan dan sijil perkhidmatan kepada semua yang diraikan.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan dalaman
Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiri
Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri dan dalaman
Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri
Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

ArticlePublished 06 Dec 2019 5.09 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM