Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Khatan Perdana 60 Anak Warga Pdrm Masuk Jawi

Diterbitkan: 08 Dec 2019 7.42 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 8 Disember 2019 - Seramai 60 anak-anak warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman dikhatankan dalam Majlis Berkhatan Perdana PDRM Tahun 2019 anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Masjid Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-khatan-perdana-60-anak-warga-pdrm-masuk-jawi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:17 MYT
Kuala Lumpur, 8 Disember 2019 - Seramai 60 anak-anak warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman dikhatankan dalam Majlis Berkhatan Perdana PDRM Tahun 2019 anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Masjid Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor diiringi Pengarah JIPS, CP Dato' Zamri Yahya.

Berucap dalam majlis itu, Dato' Pahlawan Mazlan telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja Rumah Ronald McDonald HCTM yang terlibat dalam menjayakan program memasuki tahun ke-4, kali ini.

Selain diraikan dalam majlis ringkas di dewan serbaguna masjid, kanak-kanak yang terlibat turut disiram beramai-ramai sebagai simbolik majlis berkhatan dengan bantuan 'water cannon' Pasukan Simpanan Persekutuan.

Antara objektif penganjuran majlis tadi adalah untuk mempertingkatkan syiar Islam dalam kalangan warga PDRM di samping merasai suasana meriah sebelum kanak-kanak tersebut dikhatankan beramai-ramai.

Turut hadir, Pengarah HCTM, Profesor Dato' Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengurus Rumah Ronald McDonald Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, Puan Idayu Mukti dan Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya merangkap Pengerusi Masjid Bukit Aman, DCP Tuan Sapiai @ Shafien Mamat.

Image may contain: 3 people, people smiling, outdoor
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor menyiram kanak-kanak yang diraikan sebagai simbolik perasmian program Khatan Perdana PDRM 2019.
 

Image may contain: 7 people, people smiling
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor beramah mesra bersama peserta pertama Khatan Perdana PDRM 2019, adik Muhd Alif Rayyan Mohd Shafrin.
 

Image may contain: 1 person, sitting
Sekitar program Khatan Perdana PDRM 2019 di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman.
 

Image may contain: 4 people, people smiling, outdoor
Simbolik perasmian program Khatan Perdana PDRM 2019.
 

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor
Simbolik perasmian program Khatan Perdana PDRM 2019.
 

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and child
Sekitar program Khatan Perdana PDRM 2019 di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman.
 

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and closeup
Sekitar program Khatan Perdana PDRM 2019 di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman.
 

Image may contain: 5 people, people standing
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor membuat lawatan di bilik rawatan.
 

Image may contain: 1 person
Sekitar program Khatan Perdana PDRM 2019 di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman.
 

Image may contain: 13 people, people smiling, people standing
Sekitar program Khatan Perdana PDRM 2019 di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman.
ArtikelDiterbitkan 08 Dec 2019 7.42 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM