Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Anjur Lawatan Kebajikan Ke Ppum

Diterbitkan: 27 May 2015 8.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Program lawatan ini diketuai sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-anjur-lawatan-kebajikan-ke-ppum
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:11 MYT

Oleh : Muhamad Rafsamjani 

Kuala Lumpur, 27 Mei
– Program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ke-208 anjuran Cawangan Kebajikan Bukit Aman telah diadakan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, pagi tadi.

 Program lawatan ini diketuai sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar.

 Khalid menyatakan ucapan terima kasih kepada semua pakar, doktor, jururawat dan seluruh warga Pusat Perubatan Universiti Malaya yang telah memberi perhatian dan merawat pesakit-pesakit daripada kalangan warga polis

“Walaupun sibuk dengan tugas-tugas harian, PDRM akan cuba menjalankan aktiviti murni sebegini untuk menzahirkan keprihatinan dan kepekaan PDRM membantu anggota dan masyarakat yang kurang bernasib baik”, katanya.

 Selain itu, beliau juga berharap lawatan itu dapat merapatkan hubungan silaturahim di antara PDRM, PPUM dan juga masyarakat.

 Turut hadir adalah Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran binti Ibrahim, Timbalan Pengarah Klinikal PPUM, Y.M Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Bin Ibrahim, dan warga kerja Bukit Aman.

Pdrm Anjur Lawatan Kebajikan Ke Ppum
Ucapan daripada Ketua Polis Negara 

Pdrm Anjur Lawatan Kebajikan Ke Ppum
Penyampaian cenderahati... 

Pdrm Anjur Lawatan Kebajikan Ke Ppum
sumbangan kerusi roda kepada PPUM 

Pdrm Anjur Lawatan Kebajikan Ke Ppum
Lawatan Ke wad-wad pesakit. 

Pdrm Anjur Lawatan Kebajikan Ke Ppum
Sesi bergambar kenangan.  
ArtikelDiterbitkan 27 May 2015 8.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM