Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Akan Meningkatkan Jumlah Polis Wanita

Published: 12 Jun 2014 9.10 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman 3 Mac – Peranan wanita dalam menjaga keselamatan negara telah mendapat pengiktirafan dan penerimaan bukan sahaja pegawai lelaki malah masyarakat umumnya...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-akan-meningkatkan-jumlah-polis-wanita
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:53 MYT
Bukit Aman 3 Mac – Peranan wanita dalam menjaga keselamatan negara telah mendapat pengiktirafan dan penerimaan bukan sahaja pegawai lelaki malah masyarakat umumnya. 
Ini diakui sendiri oleh pemimpin wanita tertinggi dalam PDRM YDH CP Dato' Zubaidah bt. Md Ismail semasa perjumpaan khas antara PDRM bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman. 
Kesinambungan kerjasama yang erat terjalin sejak sekian lama ini bagi mendukung dan melaksanakan Dasar Wanita dan Dasar-Dasar Kanak-Kanak Negara.
Lawatan ini merupakan julung kali diadakan sejak YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.
"PDRM sebagai agensi penguatkuasa terbesar akan meningkatkan kekuatan polis wanita sebanyak 30 peratus pada masa akan datang," kata Dato' Zubaidah dalam ucapannya.
"Ini akan memberi peluang kepada pegawai wanita untuk memegang jawatan pegawai pemerintah dan jawatan-jawatan strategik khususnya bagi kategori pembuat keputusan," tambahnya lagi.
Jawatankuasa polis wanita juga diwujudkan bagi meningkat dan memperkasakan lagi perkhidmatan polis wanita.
Melalui jawatankuasa ini pelbagai aktiviti dilaksanakan dimana jawatankuasa ini mengadakan kolabarasi bersama Kementerian Pembanguna Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi tujuan menjalinkan hubungan dan kerjasama bagi menangani isu-isu berkaitan wanita dan kanak-kanak. 
Selain itu polis wanita juga dilantik sabagai AMANITA atau Peace Lady di bawah inisiatif NBOS 8 sebagai satu cara untuk PDRM merapatkan silaturahim antara polis wanita dengan masyarakat terutama kaum wanita setempat dan kesempatan ini boleh digunakan untuk pencegahan jenayah.
Turut hadir dalam majlis tersebut YBhg. Dato' Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Datuk Harjeet Singh a/l Hardev Singh, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YDH DCP Dato’ Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Kedah serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
 
Pdrm Akan Meningkatkan Jumlah Polis Wanita
Menyambut Ketibaan YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim.

Pdrm Akan Meningkatkan Jumlah Polis Wanita
Bergambar Kenangan..

Pdrm Akan Meningkatkan Jumlah Polis Wanita
Antara yang hadir.

Pdrm Akan Meningkatkan Jumlah Polis Wanita
Antara yang hadir.

Pdrm Akan Meningkatkan Jumlah Polis Wanita
YDH Dato' Zubaidah bt Md Ismail ketika memberi ucapan.

Pdrm Akan Meningkatkan Jumlah Polis Wanita
Antara persembahan.

Pdrm Akan Meningkatkan Jumlah Polis Wanita
Penyampaian cenderahati
ArticlePublished 12 Jun 2014 9.10 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM