
Article
Pdrm Adakan Solat Dhuha Dan Ceramah Perdana Sempena Bulan Ramadhan
Kuala Lumpur, 28 April 2022 – Polis Diraja Malaysia menerusi Unit Tindakhas (UTK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman te...
Kuala Lumpur, 28 April 2022 – Polis Diraja Malaysia menerusi Unit Tindakhas (UTK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman telah menganjurkan program Solat Dhuha dan Ceramah Perdana Sempena Bulan Ramadan di Dewan Solat Masjid Bukit Aman di sini, pagi tadi.
Program yang bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan itu turut dimuatkan dengan ceramah perdana bertajuk ‘Pecutan Terakhir Ramadan’ yang disampaikan oleh Ustaz Haslin Baharim atau lebih dikenali sebagai ‘Ustaz Bollywood’.
Hadir sama, Timbalan Komander Operasi UTK, Jabatan KDNKA, ACP Hisyam Mahmood dan Penolong Komander Operasi UTK, Jabatan KDNKA, Superintendan Abd Rahim Rahman.
Semoga segala amalan kita diterima oleh Maha Pencipta dan diberi kesempatan bertemu lagi Ramadan tahun akan datang.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Khairul Hilmi Zaini