
Artikel
Pblt Sumbang Sebuah Van Jenazah Kepada Pdrm
Syarikat PBLT Sdn Bhd menyumbangkan sebuah van jenazah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di pekarangan lobi Menara...
Kuala Lumpur, 23 Disember 2024 – Syarikat PBLT Sdn Bhd menyumbangkan sebuah van jenazah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di pekarangan lobi Menara 1, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Syarikat PBLT Sdn. Bhd., Tan Sri Datuk Seri Dr. Mazlan Lazim kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.
Sumbangan van model Westar itu diberikan bagi kegunaan di Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, Perak demi memastikan aspek kebajikan terutamanya dalam pengurusan jenazah warga PDRM berjalan dengan lancar.
Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah Jabatan PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Timbalan Komander Briged Utara PGA, ACP Shamsul Baharin Aman dan para pegawai kanan.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid































