
Pblt Sdn Bhd Sumbang Zakat Wakalah Rm40 000 Kepada Asnaf Warga Polis Pulau Pinang
George Town, 15 Julai 2023 - Syarikat PBLT Sdn. Bhd. berbesar hati menyumbangkan zakat wakalah berjumlah RM40,000 kepada golongan asnaf warga Kontinjen Pulau Pinang, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini, malam tadi.
Majlis yang berlangsung di Dewan Mutiara itu telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan diiringi oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain sambil disaksikan Penaung Yayasan Seri Negara merangkap Pengerusi PBLT Sdn. Bhd., Tan Sri Datuk Seri Dr. Mazlan Lazim.
Sumbangan zakat wakalah yang memberi manfaat kepada 200 penerima itu diberikan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan selain mencerminkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia menjaga kebajikan warganya yang memerlukan.
Hadir sama, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Ketua Polis negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato' Khaw Kok Chin serta barisan pegawai kanan KDN dan PDRM.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq kamarudin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri