Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Patuhi Peraturan Penggunaan Mercun Bunga Api Komander Esscom

Diterbitkan: 29 Aug 2016 10.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Lahad Datu, 29 Ogos 2016 - Semua pihak di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) diminta agar mematuhi segala peraturan berhubung penggunaan bunga api dan mercun pada malam ambang sambutan Hari Kebangsaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/patuhi-peraturan-penggunaan-mercun-bunga-api-komander-esscom
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:44 MYT

Lahad Datu, 29 Ogos 2016 - Semua pihak di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) diminta agar mematuhi segala peraturan berhubung penggunaan bunga api dan mercun pada malam ambang sambutan Hari Kebangsaan.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata pematuhan peraturan pembakaran dan tembakan bunga api berkenaan penting bagi mengelak sebarang kekeliruan oleh pihak pasukan keselamatan di Esszone.

"Pihak Esscom menyarankan agar semua badan kerajaan, badan bukan kerajaan, syarikat swasta, pusat peranginan, resort dan orang perseorangan yang berada di kawsan Esszone supaya mematuhi peraturan sedia ada bagi tujuan memelihara ketenteraman dan keselamatan kawasan Esszone," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya pihak yang mendapat kelulusan bertulis untuk menggunakan letupan bunga api/mercun perlu memaklumkan Ibu Pejabat Polis di daerah berkenaan, Pos Kawalan Keselamatan Hadapan iaitu Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pos Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung penggunaan bahan itu kelak.

Menurutnya pihak yang diberi kelulusan bertulis itu perlu memaklumkan mengenai tarikh, masa dan lokasi penggunaan mercun dan bunga api berkenaan kepada IPD, Pos PGA dan ATM.

"Ini bertujuan bagi menjamin ketenteraman dan keselamatan di samping mengelak kekeliruan kepada Pasukan Keselmatan Hadapan (Pos-Pos PGA dan ATM) yang dicetuskan oleh letupan bunga api atau mercun," katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 29 Aug 2016 10.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM