Pati Cuba Menyamar Sebagai Warga Tempatan
Tindakan 12 pendatang tanpa izin (PATI) warga Kemboja yang berlagak seperti warga tempatan tidak bertahan lama apabila mereka ditahan dalam operasi khas di Perkampungan Kemboja Chendering, Cherating dekat Kuantan semalam.
Dalam operasi yang diadakan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polls Daerah (IPD) Kuantan pada pukul 12 tengah malam itu, seramai sembilan lelaki dan dua perempuan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, operasi yang diketuai DSP Mohd. Zuidi Mat Zin dibuat selepas menerima maklumat terdapat PATI warga Kemboja yang menetap di kampung tersebut.
Sumber: Kosmo