Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pasukan Tsm Noc Juarai Pertandingan Futsal Persahabatan Jabatan Start

Diterbitkan: 26 Oct 2017 2.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Klang, 7 Oktober 2017 - Pasukan TSM NOC telah menjuarai Pertandingan Futsal Persahabatan anjuran Kelab Polis Jabatan StaRT yang berlangsung di U One Sport Centre, Bukit Raja, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-tsm-noc-juarai-pertandingan-futsal-persahabatan-jabatan-start
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:30 MYT
Klang, 7 Oktober 2017 - Pasukan TSM NOC telah menjuarai Pertandingan Futsal Persahabatan anjuran Kelab Polis Jabatan StaRT yang berlangsung di U One Sport Centre, Bukit Raja, di sini, petang tadi. 

Pertandingan yang julung - julung kalinya diadakan ini disertai oleh 45 kumpulan yang terbahagi kepada empat kategori iaitu terbuka, wanita, vateran dan jemputan khas melibatkan 13 penyertaan daripada syarikat -syarikat pembekal. 

Antara objektif perlawanan persahabatan ini dianjurkan adalah bertujuan untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga PDRM dan mengeratkan hubungan ukhuwah dengan syarikat-syarikat pembekal. 

Barisan pucuk pimpinan utama Jabatan StaRT turut tampil dalam slot khas yang menyaksikan perlawanan futsal antara timbalan-timbalan pengarah dan ketua-ketua penolong pengarah. 

Pertandingan tersebut telah dirasmikan Timbalan Pengarah I Jabatan StaRT, DCP Dato' Mat Kasim Karim. 

Turut hadir, Timbalan Pengarah II Jabatan StaRT, SAC Dato' Nerita Yaacob dan Ketua Penolong Pengarah (Pengangkutan) SAC Dato' Hishamuddin Tahar.

Pasukan Tsm Noc Juarai Pertandingan Futsal Persahabatan Jabatan Start
Bergambar kenangan bersama Dato' Mat Kasim Karim sebelum aksi perlawanan akhir dimulakan.

Pasukan Tsm Noc Juarai Pertandingan Futsal Persahabatan Jabatan Start
Bergambar kenangan bersama Timbalan Pengarah II Jabatan StaRT, SAC Dato' Nerita Yaacob sebelum aksi perlawanan akhir dimulakan.

Pasukan Tsm Noc Juarai Pertandingan Futsal Persahabatan Jabatan Start
Sekitar Pertandingan Futsal Persahabatan anjuran Kelab Polis Jabatan StaRT 2017 di U One Sport Centre, Bukit Raja, Klang.


ArtikelDiterbitkan 26 Oct 2017 2.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM