Article
Pasukan Tsm Noc Juarai Pertandingan Futsal Persahabatan Jabatan Start
Klang, 7 Oktober 2017 - Pasukan TSM NOC telah menjuarai Pertandingan Futsal Persahabatan anjuran Kelab Polis Jabatan StaRT yang berlangsung di U One Sport Cent...
Klang, 7 Oktober 2017 - Pasukan TSM NOC telah menjuarai Pertandingan Futsal Persahabatan anjuran Kelab Polis Jabatan StaRT yang berlangsung di U One Sport Centre, Bukit Raja, di sini, petang tadi.
Pertandingan yang julung - julung kalinya diadakan ini disertai oleh 45 kumpulan yang terbahagi kepada empat kategori iaitu terbuka, wanita, vateran dan jemputan khas melibatkan 13 penyertaan daripada syarikat -syarikat pembekal.
Antara objektif perlawanan persahabatan ini dianjurkan adalah bertujuan untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga PDRM dan mengeratkan hubungan ukhuwah dengan syarikat-syarikat pembekal.
Barisan pucuk pimpinan utama Jabatan StaRT turut tampil dalam slot khas yang menyaksikan perlawanan futsal antara timbalan-timbalan pengarah dan ketua-ketua penolong pengarah.
Pertandingan tersebut telah dirasmikan Timbalan Pengarah I Jabatan StaRT, DCP Dato' Mat Kasim Karim.
Turut hadir, Timbalan Pengarah II Jabatan StaRT, SAC Dato' Nerita Yaacob dan Ketua Penolong Pengarah (Pengangkutan) SAC Dato' Hishamuddin Tahar.

Bergambar kenangan bersama Dato' Mat Kasim Karim sebelum aksi perlawanan akhir dimulakan.

Bergambar kenangan bersama Timbalan Pengarah II Jabatan StaRT, SAC Dato' Nerita Yaacob sebelum aksi perlawanan akhir dimulakan.

Sekitar Pertandingan Futsal Persahabatan anjuran Kelab Polis Jabatan StaRT 2017 di U One Sport Centre, Bukit Raja, Klang.