
Artikel
Pasukan Ragbi Pdrm Juara Piala Agong Edisi Ke 39 Tahun 2023
Syabas dan tahniah Pasukan Ragbi PDRM!
Pasukan Ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya menamatkan kemarau 32 tahun apabila menjadi juara Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi ke-39 Tahun 2023 selepas menewaskan pasukan Putrajaya dengan keputusan 29-22 dalam perlawanan akhir yang penuh mendebarkan di Stadium Ragbi Perak, Ipoh, petang tadi.