Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ragbi Piala Agong 2023 Pdrm Dinobat Juara Kejohanan Edisi Ke 39

Diterbitkan: 21 Oct 2023 5.29 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ipoh, 21 Oktober 2023 - Kemarau selama 32 tahun Pasukan Ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam arena sukan Ragbi Piala Agong berakhir hari ini, apabila berjaya menjulang trofi kejohanan bagi edisi ke-39 selepas menewaskan Pasukan Ragbi Putrajaya, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ragbi-piala-agong-2023-pdrm-dinobat-juara-kejohanan-edisi-ke-39
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:21 MYT
Ipoh, 21 Oktober 2023 - Kemarau selama 32 tahun Pasukan Ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam arena sukan Ragbi Piala Agong berakhir hari ini, apabila berjaya menjulang trofi kejohanan bagi edisi ke-39 selepas menewaskan Pasukan Ragbi Putrajaya, di sini.

Pasukan Putrajaya yang turun selaku pasukan pilihan selepas menjuarai kejohanan itu pada edisi tahun lalu nyata tidak menggentarkan semangat juang pemain PDRM apabila berjaya membenam mereka dengan keputusan 29-22.

Pada awal perlawanan, PDRM tampak yakin apabila mula mendahului pasukan lawan seawal minit ke-2 dan ke-3 menerusi pemain Muhammad Danial Noor Hamidi bersama Lee James Chapman dengan 7-0 seterusnya mendominasi rentak permainan pada separuh masa pertama yang berakhir 24-7.

Tersentak dengan keputusan itu, Putrajaya cuba bangkit bagi menggandakan asakan pada separuh masa kedua untuk merapatkan jurang mata perlawanan dengan 24-22 pada minit ke-60.

Namun, semangat juang yang ditunjukkan para pemain Sang Saka Biru tidak pernah luntur apabila Zulkiflee Azmi berjaya menambah pungutan mata pada saat akhir perlawanan menjadikan kedudukan 29-22 sekali gus memastikan Pasukan Putrajaya pulang dengan berputih mata.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur merangkap Pengelola Pasukan Ragbi PDRM, ACP Hj. Nasri Mansor mengakui perlawanan pada hari ini berlangsung amat sengit, namun dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi, PDRM mampu mengatasi pihak lawan.

"Kita akan mengekalkan momentum juara pada hari ini untuk dibawa ke Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse 2023 yang dijadualkan berlangsung pada Disember ini di Thailand."

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Baginda turut bercemar duli menganugerahkan pemain terbaik kepada pemain PDRM, Dinesvaran Krishnan.

Hadir sama menyaksikan perlawanan akhir tadi, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Dato' Shahrul Zaman Datuk Yahya bersama timbalannya, Encik Amir Amri Mohamad, Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Superintendan Muhammad Najib Hamzah, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, pesara CP Dato' Sri Huzir Mohamed, bekas Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, pesara DCP Dato' Abdul Hamid Ali dan bekas Komander Pasukan Gerakan Udara, pesara DCP Dato' Mohd Rafiue Ramli Ariffin.
Tahniah Pasukan Ragbi PDRM!

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 3 people, crowd and text that says 'STADIUM RAGBI PERAK PIALAAGONG AGONG PIAL EDISI KE-39 2023 Bubbles ADร PIALA 2023 CHAMPION RM 20,0

May be an image of 12 people and text that says 'PIALA AGONG EDISI KE-39 2023 ADS ADS ADS RONG PIALA AGONG 2023 COLD BEST PLAYER RM 1,000.00 'ာ ADS

May be an image of 5 people, people playing soccer and text

May be an image of 11 people and text

May be an image of 8 people and text

ArtikelDiterbitkan 21 Oct 2023 5.29 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM