Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pasukan Penyelamat Ipd Tenom Bantu Calon Stpm Redah Banjir Opbanjir Video Pilihan

Published: 03 Mar 2026 6.55 AM Updated: 15 Aug 2026 7.00 PM
Sepasukan anggota penyelamat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom telah membantu mengiringi petugas serta calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ke pusat peperiksaan di kawasan Kemabong, Tenom susulan laluan utama terputus akibat banjir yang melanda baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-penyelamat-ipd-tenom-bantu-calon-stpm-redah-banjir-opbanjir-video-pilihan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:31 MYT

Sepasukan anggota penyelamat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom telah membantu mengiringi petugas serta calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ke pusat peperiksaan di kawasan Kemabong, Tenom susulan laluan utama terputus akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

Walaupun terpaksa meredah air yang naik, bantuan segera yang diberikan memastikan semua petugas dan calon selamat tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Kemabong bagi menduduki Peperiksaan Ulangan STPM 2/2026 tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Polis Diraja Malaysia sentiasa bersiap siaga dan komited dalam memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan calon peperiksaan, di samping terus memelihara kesejahteraan masyarakat dalam apa jua situasi.


Pasukan Penyelamat Ipd Tenom Bantu Calon Stpm Redah Banjir Opbanjir Video Pilihan

ArticlePublished 03 Mar 2026 6.55 AMUpdated 15 Aug 2026 7.00 PM