Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pasukan Marin Pdrm Tangkas Dalam Membasmi Penyeludupan

Diterbitkan: 17 Jun 2014 12.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pihak Pasukan Polis Marin berjaya mematahkan beberapa cubaan meyeludup rokok dan telur penyu dari negara jiran...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-marin-pdrm-tangkas-dalam-membasmi-penyeludupan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:49 MYT

Pihak Pasukan Polis Marin berjaya mematahkan beberapa cubaan meyeludup rokok dan telur penyu dari negara jiran.

Kes pertama (17/2/2012) - Pasukan Polis Marin Sandakan berjaya mematahkan cubaan menyeludup pelbagai jenis rokok putih dan keretek yang bernilai RM 121,400.00 dipantai Kg. Lupak Meluas Sandakan.

Kes kedua (19/2/2012) - Pasukan Polis Marin Terengganu berjaya menahan seorang lelaki kerana menjual pelbagai jenis rokok putih dan keretek apabila sepasukan anggota polis marin telah membuat serbuan keatas sebuah kedai runcit di Kuala Terengganu. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 10,000.00.

Kes ketiga(20/2/2012 - Pasukan Polis Marin Lahad Datu menggagalkan cubaan menyeludup pelbagai jenis rokok putih apabila sebuah bot laju berjaya ditahan di kawasan persisiran pantai berhampiran pasar Lahad Datu. Walau bagaimanapun jurangan bot laju tersebut berjaya melarikan diri. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 57,000.00.

Kes keempat (20/2/2012) - Pasukan Polis Marin Sandakan berjaya merampas sejumlah 1,130 biji telur penyu yang cuba diseludup ke bandar Sandakan dari negara jiran. Turut dirampas sebuah bot jenis pumpboat yang ditinggalkan oleh seorang lelaki beserta telur-telur tersebut apabila menyedari kehadiran polis. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM2,500.00.

Pasukan Marin Pdrm Tangkas Dalam Membasmi Penyeludupan

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 12.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM