Sebuah
pasukan khas ditubuhkan oleh Polis Kontinjen Pulau Pinang dalam
membanteras jenayah penyamaran yang menunjukkan peningkatan di negeri
itu.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mazlan Kesah berkata, siasatan
mendapati jenayah itu dilakukan secara berkumpulan dengan menyasarkan
wanita dan warga tua sebagai mangsa.
Dalam
kejadian Jumaat lalu, seorang warga emas,Ismail Bee Mydin Pillai, 70
kerugian hampir RM2,000 apabila dua lelaki menyamar sebagai kakitangan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang ingin membuat pemeriksaan di
rumahnya.
Mangsa
yang menerima bantuan JKM setiap bulan telah membenarkan dua lelaki
berkenaan masuk ke rumahnya dan sebaik sahaja memasuki rumah, suspek
menekup mulut dan mengacu sebilah pisau ke dadanya sebelum mengarahkan
menyerahkan wang tunai dan barangan berharga.

Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Pasukan Khas Banteras Penyamaran
Sebuah pasukan khas ditubuhkan oleh Polis Kontinjen Pulau Pinang dalam membanteras jenayah penyamaran yang menunjukkan peningkatan di negeri itu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-khas-banteras-penyamaran
Scan to view the latest live version.