Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pasukan Gerakan Marin Tahan 59 Warga Asing

Published: 13 Jun 2014 1.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam operasi pertama jam 11.50 malam, seramai 35 warga asing ditahan ketika menaiki empat sampan di perairan Selat Lumut dipercayai menuju ke bot induk yang menunggu kira-kira tujuk kilometer dari Pu..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-gerakan-marin-tahan-59-warga-asing
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:34 MYT

Pelabuhan Klang - 29 Jun 2009. Pasukan Gerakan Marin Pelabuhan Klang berjaya menahan 59 warga asing termasuk 36 warga Afganistan dan 6 Pakistan dalam dua operasi berasingan di perairan negara berdekatan Pulau Indah.

Dalam operasi pertama jam 11.50 malam, seramai 35 warga asing ditahan ketika menaiki empat sampan di perairan Selat Lumut dipercayai menuju ke bot induk yang menunggu kira-kira tujuk kilometer dari Pulau Indah.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Pelabuhan Klang, DSP Marzuki Ismail berkata mereka terdiri daripada 15 warga Afganistan, 6 Pakistan dan 14 warga Indonesia termasuk 3 tekong. Bertindak di atas maklumat pertama itu, PGM menahan sebuah bot pom-pom lain yang dinaiki 21 warga Afganistan dan 3 awak-awak Indonesia di perairan Sungai Condong jam 9.50 pagi.

Semua warga asing itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959 (pindaan 2002) kerana keluar menggunakan laluan yang tidak diwartakan.

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM