Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pasukan Elit 69 Komando Bertempur

Diterbitkan: 11 Jun 2014 9.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Lapan pengganas komunis terbunuh dalam 'pertempuran' sengit selama lebih 30 minit dengan pasukan 69 Komando (Pasukan Gerakan Khas) Polis Diraja Malaysia di hutan simpan Bukit Slim, Ulu Slim, Perak. Pe..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-elit-69-komando-bertempur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:42 MYT
SLIM RIVER, Perak15 Februari 2012 -Lapan pengganas komunis terbunuh dalam 'pertempuran' sengit selama lebih 30 minit dengan pasukan 69 Komando (Pasukan Gerakan Khas)Polis Diraja Malaysia di hutan simpan Bukit Slim, Ulu Slim, Perak. Pertempuran bermulaseawal subuhitu berlaku dalam suasana masih gelap setelah anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) itu berjaya dijejaki pergerakan mereka sejak dua minggu lalu.

Dalam pertempuran tersebut, lima anggota elit69 Komando cedera terkena tembakan musuh dan jerangkap samar yang dipasang sekeliling kem pengganas komunis terbabit. Pertempurandi Bukit Slim pada pagi ituturut menggemparkan penduduk sekitar Ulu Slim kerana bunyi tembakan dan letupan bom dapat didengar sejauh tiga kilometer.

Namun, semua aksi pertempuran itu sebenarnya adalah Latihan Asas Hutan Pasukan 69 Komando, melibatkan 35 pelatih dan 20 jurulatih dari 69 Komando.

Ia merupakan hari terakhir Latihan Asas Hutan setelah lima bulan para pelatih itu menjalani latihan. Latihan yang diberi nama OPS MACAI KHAS adalah ujian terakhir asas komando selama 10 hari di dalam hutan.

Latihan ini menitik beratkan ketahanan fizikal, mental dan teknikal. Ia bukan sahaja bergantung pada tenaga sahaja tetapi para pelatih juga diterapkan dengan pelbagai kepakaran khasyang merangkumi latihanselama 8 bulan iaitu latihan asas 5 bulan dan 3 bulan latihan hutan sebelum layak bergelar anggota 69 komando.

Selain kawasan hutan Bukit Slim, para pelatih berkenaan turut menjalani latihan di Manong dan sekitar Kuala Kangsar termasuk di hutan paya bakau.

Sebelum latihan hari terakhir itu diadakan, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Pasukan Gerakan Khas (KDN/KA PGK) YDH SAC Dato' Abd. Rasid bin Haron dan Komander 69 Komando, YDH SAC Dato' Azizan Abd. Aziz turut hadir bagi memberi semangat kepada para pelatih. YDH SAC Dato' Abd. Rashid Haron memberitahu, para pelatih itu merupakan sejumlah kecil daripada lebih 450 anggota polis yang menyertai pemilihan peringkat awal untuk menyertai 69 Komando selama dua minggu di Briged Utara,Ulu Kinta.

Menurutnya, daripada jumlah itu hanya 68 anggota berjaya dipilih menyertai latihan asas komando selama lima bulan dan latihan asas hutan tiga bulan. ''Bagaimanapun, daripada 68 orang itu hanya 35 anggota sahaja berjaya mengharungi segala cabaran dan halangan hingga ke peringkat akhir latihan, pelbagai aspek kegagalan semasa menyertai latihan asas komando diambil kira iaitu tidak mencapai sasaran, melanggar disiplin,melakukan kesilapan dan tidak mempunyai minat yang tinggi", katanya lagi.

Beliau juga turut berkata, memandangkan situasi semasa dan pentingnya peranan 69 Komando terhadap keselamatan negara, terdapat cadangan supaya tempoh latihan asas itu dilanjutkan serta dimasa akan datang 69 komando akan dibuka kepada anggota wanita tetapi syarat-syarat serta latihan yang akan diberikan sama seperti latihan anggota lelaki.

Sementara itu, YDH SAC Dato' Azizan bin Abd. Aziz, Komander 69 Komando pula memberitahu, walaupun 35 pelatih itu dapat mengharungi latihan sehingga ke hari terakhir, namun mereka akan dinilai semula.

''Kita akan terperincikan setiap kebolehan, kemampuan, kemahiran, disiplin serta sikap mereka termasuk dari segi kerjasama berpasukan sepanjang menjalani latihan. Ini termasuk penilaian daripada para jurulatih dan mereka yang layak sahaja akan dipanggil untuk menyertai 69 Komando,'' katanya.


Pasukan Elit 69 Komando Bertempur
Ketika sesi mendaki bukit...

Pasukan Elit 69 Komando Bertempur
Antara anggota komando 69 yang menjalani latihan...

Pasukan Elit 69 Komando Bertempur
Ground Komander Insp Mohd Yusuf bin Ariffin ketika memberi taklimat operasi...

Pasukan Elit 69 Komando Bertempur
Para pelatih tekun mendengar...

Pasukan Elit 69 Komando Bertempur
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Pasukan Gerakan Khas (KDN/KA PGK) YDH SAC Dato' Abd. Rashid bin Haron ketika memberi kata-kata nasihat kepada pelatih...

Pasukan Elit 69 Komando Bertempur
YDH SAC Dato' Abd. Rashid bin Haron Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Pasukan Gerakan Khas (KDN/KA PGK) dan YDH SAC Dato' Azizan Abd. Aziz, Komander 69 Komando sedang mendengar taklimat...

Pasukan Elit 69 Komando Bertempur
Bergambar kenangan bersama jurulatih...

Pasukan Elit 69 Komando Bertempur
Siap sedia sentiasa...

Pasukan Elit 69 Komando Bertempur
Berehat sambil menunggu nasi masak...

Pasukan Elit 69 Komando Bertempur
Persiapan yang biasa dilakukan...

Pasukan Elit 69 Komando Bertempur
Sedia berhidmat demi Agama Bangsa dan Negara...

Pasukan Elit 69 Komando Bertempur
Sentiasa waspada...

Pasukan Elit 69 Komando Bertempur
Teknik masak komando 69...
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 9.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM