Artikel
Pasangan Warga Filipina Ditahan Miliki Syabu Di Labuan
Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman berkata polis menemukan Sembilan paket plastik yang mengandungi 37 straw dipercayai syabu daripada mereka.
Labuan, 30 Julai - Sepasang warga Filipina berumur 20 dan 37 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Saguking di sini Rabu lepas kerana dipercayai memiliki syabu.
Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman berkata polis menemukan Sembilan paket plastik yang mengandungi 37 straw dipercayai syabu daripada mereka.
Beliau berkata syabu seberat 36.47 gram itu adalah untuk dijual.
Turut dirampas ialah mata wang Brunei, Singapura, dolar Amerika, peso dan ringgit yang keseluruhan bernilai RM5,500, katanya.
BERNAMA