Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pasangan Pakar Masak Heroin Ditahan

Published: 12 Jan 2015 2.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur - Sepasang suami isteri yang dianggap ‘cef’ kerana pakar dalam memasak dadah heroin adalah antara empat individu yang ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kedah dan Pulau Pinang, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasangan-pakar-masak-heroin-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:28 MYT

Kuala Lumpur - Sepasang suami isteri yang dianggap ‘cef’ kerana pakar dalam memasak dadah heroin adalah antara empat individu yang ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kedah dan Pulau Pinang, kelmarin.

Pasangan terbabit ditahan selepas polis menemui satu makmal yang digunakan untuk memasak ibu heroin bersama kafein ketika menyerbu kediaman mereka di Bandar Perdana, Sungai Petani, Kedah, pada jam 1.45 petang. 

Pada masa sama, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pasukan Taktikal Khas Risikan Narkotik (STING) menahan dua lagi lelaki termasuk ketua sindiket terbabit selepas menyerbu sebuah lagi makmal pemprosesan dadah sama di Gelugor, Pulau Pinang. 

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Haris Wong Abdullah, berkata sindiket yang beroperasi sejak setahun lalu ini didapati mcndapatkan bekalan ibu heroin dari negara jiran sebelum menjalankan proses memasak kandungan dadah berkenaan bersama sejumlah kafein.

Sumber: Berita Harian

Pasangan Pakar Masak Heroin Ditahan
ArticlePublished 12 Jan 2015 2.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM