Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pasangan Kekasih Tokan Dadah Terkedu

Diterbitkan: 09 Apr 2015 5.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
SUBANG JAYA: Sepasang kekasih termasuk seorang penjawat awam dikesan berpakat menjadikan pangsapuri yang didiami mereka sebagai markas untuk membungkus dadah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasangan-kekasih-tokan-dadah-terkedu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:48 MYT
SUBANG JAYA: Sepasang kekasih termasuk seorang penjawat awam dikesan berpakat menjadikan pangsapuri yang didiami mereka sebagai markas untuk membungkus dadah. 

Empat individu berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan selepas mereka didapati terbabit dalam sindiket pengedaran ganja di USJ 14, Jumaat lalu. Kegiatan pasangan kekasih itu terbongkar apabila mereka diperiksa oleh sepasukan anggota polis cawangan Narkotik yang melakukan pemeriksaan terhadap mereka di kawasan Goodyear Court 9 selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan. 

Hasil pemeriksaan mendapati satu kotak rokok yang mengandungi ganja seberat 1.09 gram dibawa oleh pasangan terbabit dipercayai untuk dijual kepada penagih dadah. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata, hasil soal siasat yang dilakukan terhadap suspek membawa polis ke sebuah rumah di kawasan berhampiran dan menemui 1 ketulan mampat ganja bersama 19 peket kecil yang dipercayai untuk di edarkan kepada pembeli. 

Menurutnya lagi, polis turut menemui beberapa peralatan seperti papan memotong dan pisau dengan kesan ganja yang dipercayai digunakan untuk proses pembungkusan sebelum dijual kepda pembeli.

"Siasatan awal mendapati, polis percaya aktiviti pengedaran ganja ini dilakukan disekitar kawasan Puchong dan USJ," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, semalam. 

Menurutnya, jumlah rampasan ganja ini dianggarkan bernilai RM 3,500 berdasarkan harga pasaran semasa dengan berat keseluruhan 1.4 kilogram. 

"Siasatan lanjut masih di jalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya (ADB)," katanya lagi.

Sumber: Harian Metro
Pasangan Kekasih Tokan Dadah Terkedu
ArtikelDiterbitkan 09 Apr 2015 5.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM