Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pasangan Kekasih Menyamar Polis Cuba Ceroboh Bukit Aman Ditahan

Published: 13 Jul 2016 8.55 AM Updated: 15 Aug 2026 7.24 PM
Kuala Lumpur, 13 Julai - Sepasang kekasih yang berada dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah, ditahan kerana cuba memasuki Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan menyamar sebagai anggota polis malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasangan-kekasih-menyamar-polis-cuba-ceroboh-bukit-aman-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:28 MYT


Kuala Lumpur, 13 Julai - Sepasang kekasih yang berada dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah, ditahan kerana cuba memasuki Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan menyamar sebagai anggota polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata dalam kejadian 10 malam tadi, seorang lelaki dan wanita berusia 30-an cuba memasuki kawasan Bukit Aman dengan menaiki kereta Honda CRZ Hybrid merah.

"Lelaki itu memberitahu bahawa dia adalah anggota Bukit Aman dan hendak masuk ke dalam kawasan itu, namun pemeriksaan polis di pintu masuk mendapati dia bukan seorang anggota polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Zainol berkata pemeriksaan ke atas suspek menemukan tujuh biji mercun bola yang disimpan di dalam beg sandangnya.

"Hasil siasatan mendapati mendapati kedua-dua suspek tiada kaitan dengan ancaman keganasan tetapi berada di bawah pengaruh dadah," katanya.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing ke atas pasangan kekasih itu mendapati mereka positif dadah methamphetamine.

Katanya, kedua-dua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 448 serta 511 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan cubaan melakukan jenayah.

- BERNAMA

ArticlePublished 13 Jul 2016 8.55 AMUpdated 15 Aug 2026 7.24 PM