Pasangan Kekasih Ditahan Dadah Bernilai Rm350 000 Dirampas
Georgetown, 23 Ogos - Polis menahan sepasang kekasih dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu sejak tiga bulan lepas, dalam pemeriksaan di Tanjong Tokong, Rabu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Supt S. Batumalai berkata susulan penangkapan lelaki dan wanita masing-masing berusia 43 dan 38 tahun itu, polis membongkar makmal mini memproses dadah di sebuah pangsapuri di Pulau Tikus.
Polis menemui pelbagai jenis dadah termasuk 2.5 kilogram heroin, 380 pil ecstasy serta 625 gram Syabu dengan anggaran nilai RM350,000 dan pelbagai bahan kimia serta peralatan yang diguna untuk memproses dadah.
Pihak
polis memohon orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya terdapat
pergerakan orang yang mencurigakan ataupun bau yang tidak disenangi
dikawasan perumahan yang didiami.


Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang