Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pasangan Kekasih Ditahan Dadah Bernilai Rm350 000 Dirampas

Diterbitkan: 17 Jun 2014 9.13 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.42 PM
Georgetown, 23 Ogos - Polis menahan sepasang kekasih dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu sejak tiga bulan lepas, dalam pemeriksaan di Tanjo..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasangan-kekasih-ditahan-dadah-bernilai-rm350-000-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:04 MYT

Georgetown, 23 Ogos - Polis menahan sepasang kekasih dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu sejak tiga bulan lepas, dalam pemeriksaan di Tanjong Tokong, Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Supt S. Batumalai berkata susulan penangkapan lelaki dan wanita masing-masing berusia 43 dan 38 tahun itu, polis membongkar makmal mini memproses dadah di sebuah pangsapuri di Pulau Tikus.

Polis menemui pelbagai jenis dadah termasuk 2.5 kilogram heroin, 380 pil ecstasy serta 625 gram Syabu dengan anggaran nilai RM350,000 dan pelbagai bahan kimia serta peralatan yang diguna untuk memproses dadah.

Pihak polis memohon orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya terdapat pergerakan orang yang mencurigakan ataupun bau yang tidak disenangi dikawasan perumahan yang didiami.

Pasangan Kekasih Ditahan Dadah Bernilai Rm350 000 Dirampas
Pasangan Kekasih Ditahan Dadah Bernilai Rm350 000 Dirampas
Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 9.13 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.42 PM