Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pasangan Kekasih Ditahan Bersama Dadah Bernilai Rm45 000

Published: 15 Apr 2016 9.41 AM Updated: 15 Aug 2026 7.29 PM
Bukit Mertajam, 15 April 2016 - Polis memberkas seorang lelaki tempatan dan teman wanitanya warga China serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM45,000 dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Lestari, Perai dekat sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasangan-kekasih-ditahan-bersama-dadah-bernilai-rm45-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:39 MYT
Bukit Mertajam, 15 April 2016 - Polis memberkas seorang lelaki tempatan dan teman wanitanya warga China serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM45,000 dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Lestari, Perai dekat sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor berkata dadah
yang dirampas dalam serbuan polis hasil maklumat awam pada pukul 2.30 petang
Rabu itu ialah 658.9 gram ketamin, 314.4 gram ganja dan 51.4 gram syabu.

"Pelbagai jenis dadah itu ditemui di ruang tamu rumah berkenaan. Kesemua dadah itu dipercayai diperoleh daripada sindiket dan lelaki terbabit membungkusnya untuk diedar kepada pelanggan di sekitar negeri ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai bahan kimia dan peralatan memproses dadah yang disembunyikan dalam stor di kondominium itu serta menyita sebuah kereta jenis Lexus RX-300 dan wang tunai sebanyak RM2,360. Polis percaya lelaki berusia 34 tahun itu mempunyai kepakaran untuk memproses dadah, katanya.

Rusli berkata lelaki yang tidak bekerja dan mempunyai lima rekod jenayah itu didapati sentiasa berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain bagi mengelak kegiatannya dikesan dan dia baru menyewa di kondominium itu Januari lepas.

Beliau berkata wanita rakyat China yang berusia 24 tahun itu pula memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial sejak Januari lepas dan pernah bekerja di pusat hiburan.

Pasangan yang positif dadah itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan, katanya. - BERNAMA
ArticlePublished 15 Apr 2016 9.41 AMUpdated 15 Aug 2026 7.29 PM