Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pasangan Belangkas Oku Antara Ditahan Cuba Lari Sekatan Polis

Published: 11 Feb 2018 3.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Shah Alam, 11 Februari 2018 - Aksi sepasang kekasih orang kelainan upaya (OKU) yang cuba lari dari sekatan polis sehingga nyaris maut akibat terjatuh, antara yang sempat dirakamkan sewaktu Ops Samseng Jalanan di Persiaran Perbandaran Shah Alam kira-kira jam 1 pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasangan-belangkas-oku-antara-ditahan-cuba-lari-sekatan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:20 MYT

Shah Alam, 11 Februari 2018 - Aksi sepasang kekasih orang kelainan upaya (OKU) yang cuba lari dari sekatan polis sehingga nyaris maut akibat terjatuh, antara yang sempat dirakamkan sewaktu Ops Samseng Jalanan di Persiaran Perbandaran Shah Alam kira-kira jam 1 pagi tadi.

Selain pasangan 'belangkas' itu, lebih 50 samseng jalanan diperiksa dalam operasi Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang diketuai ASP Akmal Rabiatun Zaini.

Ketika operasi, ada dalam kalangan mereks yang cuba menunggang melawan arus namun terjatuh kerana cuba mengelak dari merempuh kenderaan lain.

Hasil sejam beroperasi, 60 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk tiada lesen kenderaan, tiada cukai jalan dan lesen tamat tempoh.

Sejumlah 16 buah motosikal berjaya disita sebelum operasi dihentikan berikutan hujan lebat.
Kesemua rampasan dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut.

Sumber : Astro Awani

ArticlePublished 11 Feb 2018 3.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM