Pangkat Posthumous Buat Sarjan Raja Aizam
PANGKAT POSTHUMOUS BUAT SARJAN RAJA AIZAM
Kuala
Lumpur, 25 Mac - Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-207 disambut secara
sederhana dalam keadaan seluruh dunia sedang meratapi tragedi pesawat
Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dikesan kali terakhir di Selatan
Lautan Hindi.
Bagi
balu Allahyarham Sarjan Raja Aizam Raja Mohid, Nor Salmah Nordin
sambutan tahun ini sungguh bermakna apabila suaminya dianugerahkan
kenaikan pangkat secara 'Posthumous' kepada Sarjan di Dataran Kawat
Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pagi tadi.
Anugerah
kenaikan pangkat itu telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak turut diterima
rakan setugas Allahyarham Sarjan Mohd Aidil Mustafa dan 22 pegawai polis
yang berjuang di Lahad Datu, Sabah tahun lalu yang menerima kenaikan
pangkat secara medan.
Menyingkap
kembali peristiwa yang berlaku terhadap Sarjan Raja Aizam Raja Mohid
yang terkorban akibat ditikam dengan sebilah pisau oleh dua lelaki warga
Indonesia di Taman Sentosa, Klang ketika sedang bertugas bersama
rakannya Sarjan Mohd Aidil Mustafa pada 5 Mac lalu sedikit sebanyak
terkesan kepada warga Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk lebih
berhati-hati dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Bagi
sambutan Peringatan Hari Polis kali ini, Pasukan Petugas Khas Menangani
Jenayah Terancang (STAFOC) dan Unit Tindakan Khas telah dipilih untuk
mengadakan gimik yang dilakukan di tengah-tengah padang kawad Pusat
Latihan Polis Kuala Lumpur. Ketangkasan dan kecekapan yang ditunjukkan
anggota STAFOC dan UTK dalam situasi menangani jenayah culik yang
berlaku menunjukkan bahawa PDRM bersedia membanteras isu-isu jenayah
seperti jenayah berat, sindiket, gengsterisme, perjudian, pelacuran dan
pemerdagangan manusia.
Dalam
ucapan YDH Ketua Polis Negara sempena sambutan Peringatan Hari Polis
ke-207, PDRM akan melaksanakan Kempen 'Tolak Rasuah' di mana ia
memperbaiki persepsi negatif dan mengembalikan kepercayaan masyarakat
terhadap Institusi Polis sejajar dengan usianya.
"Kita
telah meletakkan aspek integriti sebagai nilai tambah yang utama dalam
pengurusan organisasi dan dengan adanya integriti yang tinggi pada warga
PDRM, ia secara langsung dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan
masyarakat terhadap organisasi ini", katanya lagi.
Dalam
majlis yang lain, YAB Perdana Menteri turut melancarkan sebuah buku
bertajuk "Outreach & Engagement" terbitan Jabatan Pencegahan dan
Pembanterasan Jenayah (JPPJ) sempena sambutan Peringatan Hari Polis
ke-207.
Sekitar Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-207 Tahun




Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia
Pemeriksaan Perbarisan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
Kawalan Kehormatan dan detachment yang terlibat di Perbarisan Hari Polis Ke-207 tahun
Sekitar majlis berlangsung...











Perutusan YDH Ketua Polis Negara

Ucapan dan Amanat YAB Perdana Menteri Malaysia
Gimik....


Upacara Penyampaian Anugerah Kenaikan Pangkat Secara Medan dan Penyampaian Juara Penuh Disiplin






Gimik persembahan dari STAFOC dan UTK...

YAB Perdana Menteri melancarkan sebuah buku bertajuk "Outreach & Engagement"
Layari Facebook PDRM untuk melihat gambar-gambar sekitar Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-207 Tahun ... https://www.facebook.com/media/set/?set=a.756776817665961.1073742286.161086313901684&type=1