Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009

Published: 10 Jun 2014 1.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
LIMA mula diadakan pada tahun 1991 dan pameran dwi tahunan ini memasuki edisi kali ke 10 yang disertai 325 wakil dari 25 buah negara..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pameran-udara-dan-maritim-antarabangsa-langkawi-2009
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:14 MYT

Pulau Langkawi, Kedah - 7 Disember 2009. Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 (Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition - LIMA 2009)yang bermula pada 1 Disember 2009 lalu telah melabuhkan tirainya pada 5 Disember 2009 dengan mencatatkan urus niaga industri pertahanan dan keselamatan yang dianggarkan bernilai RM9.5 bilion.

Perdana Menteri Malaysia ,YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah hadir menyaksikan pertunjukan pesawat pejuang dan melawat gerai pameran udara dan maritim. Turut hadir sama ialah mantan Perdana Menteri Malaysia Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengilhamkan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi pada tahun 1991.

Hadir sama ialah YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia,YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara, Laksamana Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz bin Jaafar, Panglima TLDM, Jeneral Dato' Rodzali bin Daud, Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail bin Haji Jamaludin, Panglima Tentera Darat, Laksamana Datuk Mohd Amdan bin Kurish, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, pelawat-pelawat perdagangan dan juga ketua-ketua tentera serta polis dari negara Asean.

LIMA mula diadakan pada tahun 1991 dan pameran dwi tahunan ini memasuki edisi kali ke 10 yang disertai 325 wakil dari 25 buah negara dengan 75 pesawat dan 99 buah kapal, dipertontonkan bermula 1 - 5 Disember 2009. LIMA juga satu-satunya pameran yang unik di rantau Asia Pasifik apabila menggabungkan pertunjukan udara dan laut di satu lokasi seperti di Air & Sea Show, Fort Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat. Pameran dan pertunjukkan udara di adakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), pameran komponen aeroangkasa di Dewan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Padang Matsirat dan maritim di Jeti Star Cruises Awana Porto Malai.

TUDM mempamerkan pesawat pelbagai tugas  atau multirole combat aircraft (MRCA) jarak jauh, Sukhoi Su-30MKM yang dibina firma Sukhoi Design Bureau dan beroperasi di Pengkalan TUDM Gong Kedak, MIG-29N, F/A-18D, Super Lynx 300, Hawk 108/208, RF-5E dan CN-235. Dipertontonkan juga  pertunjukkan udara di samping kecekapan anak watan mengendalikan Sukhoi Su-30MKM, Mig-29N dan PC7-MK 11. Turut membuat persembahan untuk menghiburkan pengunjung buat pertama kalinya ialah pasukan Tentera Udara Republik Singapura dengan pesawat F-16 dan helikopter Apache AH-64, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan pesawat amfibia Bombardier CL-415MP dan helikopter AS 365 N3 Dauphin, F-111 dari Australia dan B-52 dari Tentera Udara Amerika Syarikat. PDRM juga buat pertama kalinya mempamirkan pesawat Beechcraft King Air 350 9M-PTB yang boleh membawa 8 penumpang dan Cessna  Caravan CE 208.

Di Awana Porto Malai dan Pekan Rabu, Kuah, di adakan karnival dengan mempamerkan pelbagai jenis produk, kraf tangan dan makanan serta persembahan kebudayaan disamping mempamirkan 99 buah kapal di Jeti Star Cruises. Para pengunjung turut di hiburkan oleh demontrasi dari Tentera Laut Diraja Malaysia (PASKAL), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pasukan Tindakan Cepat) dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Awana Porto Malai.
 
Polis Diraja Malaysia juga mengadakan demontrasi perairan setiap hari dengan senario menawan penjenayah yang merampas sebuah bot dan juga memusnahkan tempat penjenayah. PDRM menggunakan sebuah bot WaterCat, 2 bot RHIB, 2 buah jet ski dan juga 2 buah helikopter dari Unit Udara Polis. Pasukan yang terlibat ialah dari Komando 69 Pasukan Gerakan Khas, UNGERIN ( Unit Selam tempur Marin) dan Pasukan Gerakan AM.

Bermula 1-5 Disember 2009, Awana Porto Malai dibuka kepada pelawat dan orang ramai untuk melihat dan melawat kapal-kapal yang berlabuh dan antara yang dibuka kepada orang awam ialah KD Perak, KD Lekiu dari Tentera Laut Diraja Malaysia , INS Kesari dai Tentera Laut India, PNS Khaibar dari Tentera Laut Pakistan dan RTN Songkhla dari Tentera Laut Diraja Thailand.

Pada 30 November 2009, bertempat di Westtin Hotel & Resort, Langkawi, YDH IG Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara telah meraikan tetamu jemputan di Majlis Jamuan Makan Malam. Antara Ketua Polis Negara Asean yang hadir ialah dari Vietnam, Thailand, Brunei, Fillipina, Indonesia, Kemboja, Myanmar dan Laos. Turut dijemput ialah Komander-komander Marin dari Negara Asean.

Hadir sama di majlis itu ialah YDH CP Dato' Hussin bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA, DCP Dato' Syed Ismail bin Dato' Haji Syed Azizan, Ketua Polis Kedah, SAC I Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC II Dato' Isa bin Munir, Komander Pasukan Gerakan Marin, SAC II Dato' Chuah Chee Lye, Komander Unit Udara Polis serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM. Jamuan Makan Malam ini telah dianjurkan oleh Hawker Pacific.

Seramai 610 orang Pegawai dan Anggota Polis Diraja Malaysia telah terlibat disepanjang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 (LIMA 2009). Komander PDRM ialah YDH DCP Dato' Syed Ismail bin Dato' Haji Syed Azizan, Ketua Polis Kedah, Timbalan Komander pula SAC II Dato' Asri bin Yusoff, Pegawai Pemerintah Medan, ACP Hassanuddin bin Hussan dan P/PP Medan pula ialah Supt. Mah Khye Beng.

Pegawai dan anggota PDRM yang terlibat ialah dari jabatan dan unit seperti Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Cawangan Trafik, Pasukan Gerakan Marin, Pasukan Gerakan Khas (69 Komando dan UTK), Unit Udara Polis, Komunikasi, Pengangkutan, Persenjataan dan Muzium PDRM.

PDRM juga telah disediakan 2 ruang pameran yang dikendalikan oleh Muzium PDRM dan juga Jabatan KDN/KA di  Dewan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri. Bagi menyelaraskan penugasan, Martek PDRM dan Urusetia pula di dirikan di Nadias Inn Comfort dan Martek Pengangkutan di Sandy Beach Hotel, Pantai Chenang.

Sepanjang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 selama lima hari, kehadiran pelawat yang mengunjungi pameran dianggarkan seramai 78,000 orang, melibatkan 38,000 orang pelawat perdagangan dan 40,000 pengunjung awam.

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009
Jamuan Makan Malam yang di 'Host' oleh Ketua Polis Negara untuk Ketua Polis Asean dan juga Komander Marin Negara Asean.

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009
Ketua Polis Negara melawat ruang  pameran pelbagai peralatan ketenteraan sektor udara dan maritim di Dewan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC)

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009
Sokongan...Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengilhamkan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi pada tahun 1991

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009
Perdana Menteri Malaysia ,YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak  sedang mendengar taklimat oleh pihak HeiTech

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009
Gerai pameran Jabatan KDN/KA

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009
Gerai Pameran Jabatan Pengurusan yang dikendalikan oleh Muzium PDRM

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009
PDRM memiliki 5 pesawat Beechcraft King Air 350 9M-PTB, buatan USA yang diterima pada tahun 2009, boleh melonjak kelajuan maksima 312 knots

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009
Buat pertama kalinya, persembahan udara oleh pasukan Tentera Udara Republik Singapura dengan pesawat F-16 dan helikopter Apache AH-64, 

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009
Demontrasi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009
PASKAL TLDM ... mengangkut anggota dari bot menggunakan tali ke helikopter Super Lynx

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009
Vat 69 Komando berjaya menumpaskan pengganas dengan menggunakan helikopter Ecureuil AS355 dan bot RHIB

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009
Unit Selam Tempur Marin (UNGERIN) menumpaskan pengganas yang cuba melarikan diri dengan menggunakan jet ski dan bot RHIB

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009
Unit Selam Vat 69 Komando...mendarat ke pantai untuk mengesan kedudukan tempat persembunyian pengganas

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009
Bot WaterCat yang boleh mendarat hampir ke daratan digunakan untuk membawa Vat 69 Komando dan UNGERIN bagi menawan dan memusnahkan tempat persembunyian penjenayah di daratan

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009
Ketangkasan pasukan elit PDRM yang digeruni oleh pihak musuh...

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009
Demontrasi PDRM yang mendapat tepukan gemuruh dari pengunjung yang membanjiri Awana Porto Malai

ArticlePublished 10 Jun 2014 1.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM